Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 2
(1-132)
Pemandu Pemuda
Panduan Para Pemuda Bagi Keselamatan Pada Hari Pembalasan
Kalimah Pertama
Panduan Para Pemuda Bagi Keselamatan Pada Hari Pembalasan
Kalimah Pertama
‘Bismillah’ adalah punca segala kebaikan dan permulaan bagi setiap urusan yang berkepentingan. Oleh itu, kita juga memulakan dengannya.
Wahai jiwaku! Ketahuilah bahawa di samping kalimah baik yang penuh berkat ini adalah syiar Islam, ia juga adalah zikir yang dilakukan oleh segenap makhluk yang dilakukan melalui lisan halnya.
Jika anda ingin mengetahui tentang sejauhmana kekuatan agung dan keberkatan luas tidak terhingga yang terdapat pada ‘bismillah’, maka dengarlah kisah pendek berikut:
Seseorang Arab Badwi yang berpindah randah ke sana ke mari di padang pasir, sudah pasti bernaung di bawah seorang ketua kabilah dan berada di bawah perlindungannya. Ini dilakukannya agar dia selamat daripada ancaman orang-orang jahat, serta dapat menyempurnakan segala pekerjaan dan memperoleh segala keperluannya. Jika ini tidak dilakukannya, maka dia akan berhadapan dengan musuh yang ramai sedangkan dia sentiasa tertekan untuk menyempurnakan segala keperluannya.
No Voice