Kata Pengantar | Kata Pengantar | 1
(1-50)

Kata Pengantar
     Buku Terbahasan 'Ana' (Aku) dan Zarah' ini merupakan salah satu buku yang dinukilkan dari gugusan karangan oleh seorang tokoh terkenal dari Republik Turki. Beliau adalah Badiuzzaman Said Nursi. Buku hasil karangan beliau ini cukup berwibawa dan sesuai untuk ditatapi oleh segenap lapisan masyarakat khususnya golongan cendekiawan. Buku ini sedikit sebanyak telah menggambarkan pemikiran beliau yang melangkaui zamannya. Buku ini merupakan antara buku yang begitu kritis dalam membahaskan kunci persoalan 'ana' sekiranya pembaca ingin menerokai khazanah keilmuan Islam dari sudut falsafah dan pemikiran baru. Buku ini merupakan satu wahana untuk pembaca menemuinya.
     Saya rakamkan rasa bangga saya ke atas hasil terjemahan kitab besar ini ke dalam Bahasa Malaysia, justeru ia merupakan penyebaran maklumat secara lebih telus dan ini merupakan satu lowongan yang perlu digapai oleh segenap lapisan masyarakat Melayu, khususnya. Umat Melayu kini tidak seharusnya merasa kerdil dalam menimba ilmu lantaran telah ramai pakar penterjemah yang telah mencurahkan jerihnya agar umat Melayu diwarnai dengan citra keilmuan.
Salam hormat dari saya.
 
No Voice