Perkataan pendek | Perkataan pendek | 17
(1-69)
Jika mengeluarkan separuh harta yang dimiliki oleh seseorang sebagai harga perjudian yang turut disertai oleh lebih daripada seribu orang lain sudah dianggap sebagai suatu yang boleh diterima akal, sedangkan kemungkinan untuk memenanginya hanya satu perseribu sahaja, bagaimana pula keadaannya jika ada seorang individu yang enggan untuk membelanjakan satu bahagian daripada 24 bahagian yang dimilikinya demi untuk mendapatkan keuntungan yang terjamin, dan demi untuk mencapai khazanah kekayaan yang abadi, yang mana jaminan untuk memperolehnya ialah pada kadar 99 peratus..? Bukankah tindakan tersebut dianggap bercanggah dengan akal yang waras dan jauh daripada hikmah kebijaksanaan..? Bukankah semua orang yang menganggap dirinya berakal tidak boleh menerima perkara ini..?

Sesungguhnya sembahyang itu sendiri merupakan kerehatan agung bagi ruh, hati dan akal. Tambahan pula, ia bukanlah satu amalan yang memenatkan badan. Lebih daripada itu, segala amalan keduniaan harus yang dilakukan oleh orang yang bersembahyang dianggap sebagai ibadat baginya jika dilakukan dengan niat yang salih.. Dengan itu, seseorang yang bersembahyang akan dapat menukarkan seluruh modalnya iaitu umurnya untuk kepentingan akhiratnya. Dengan itu, dia akan memperoleh umur yang berkekalan (di akhirat) dengan umurnya yang binasa (di dunia).
No Voice