Perhatikanlah, jika khadam itu tetap berdegil lalu membelanjakan satu lira yang masih berbaki di tangannya demi untuk memenuhi syahwatnya yang sementara dan melampiaskan keinginan untuk memperoleh kelazatan yang sedikit, bukan menggunakannya untuk membeli tiket perjalanan yang merupakan anak kunci kepada suatu khazanah yang luas, maka bukankah itu bermakna bahawa dia adalah seorang yang benar-benar celaka, merugi, bodoh dan tolol...? Bukankah pada ketika itu dia adalah seorang manusia yang paling dungu?
Wahai orang yang tidak menunaikan sembahyang! Wahai jiwaku yang merasa sempit dengan sembahyang!
Sesungguhnya raja atau tuan yang dimaksudkan di dalam kisah di atas adalah tuhan kita yang telah menciptakan kita..
Manakala dua orang khadam yang bermusafir itu pula, maka salah seorang daripadanya adalah seorang yang kuat dan taat beragama yang mendirikan sembahyang dengan penuh kerinduan dan mengerjakannya dengan sebenar-benarnya. Manakala khadam yang kedua pula adalah seorang yang lalai dan meninggalkan sembahyang..
Manakala wang yang berjumlah 24 lira emas itu pula adalah 24 jam bagi setiap hari umur manusia..
Ladang yang indah itu pula adalah syurga..
Manakala stesen perhentian itu pula adalah kubur..