Alangkah perlunya ruh manusia yang lemah, daif dan miskin ini kepada hakikat ibadat, tawakkal, tauhid dan penyerahan diri yang sebenar! Alangkah besarnya keuntungan, kebahagiaan dan kenikmatan yang diperolehi daripadanya! Sesiapa yang tidak buta secara menyeluruh pasti dapat melihat dan memahaminya. Ini kerana memang dimaklumi, jalan yang tidak memudaratkan pasti akan lebih diutamakan daripada jalan yang memudaratkan, meskipun hanya terdapat satu persepuluh kemungkinan untuk mendapat manfaat daripada jalan tersebut. Perlu diketahui dalam perbincangan kita ini, jalan ibadat, di samping ia tidak mengundang sebarang kemudaratan dan kemungkinan manfaat yang diperolehi adalah sembilan persepuluh, ia juga mengurniakan khazanah kebahagiaan abadi kepada kita. Manakala jalan kefasikan dan kebodohan, sebagaimana diakui oleh orang fasik sendiri, di samping ia adalah jalan yang tidak mengandungi sebarang manfaat, ia juga menjadi sebab kecelakan dan kemusnahan abadi. Keyakinan terhadap kerugian dan ketiadaan kebaikan pada jalan tersebut mencapai kadar sembilan persepuluh juga.. Perkara ini dibuktikan melalui penyaksian ahli yang berkelayakan sehingga mencapai tahap mutawatir dan ijmak. Ia adalah keyakinan pasti sebagaimana dinyatakan oleh golongan yang mempunyai dhauq dan kashaf.
Sesungguhnya kebahagiaan dunia sama seperti kebahagiaan akhirat, hanya terdapat dalam ibadat dan ketenteraan yang ikhlas kepada Allah semata-mata.