Perkataan pendek | Perkataan pendek | 21
(1-69)

Sesungguhnya medan yang sedang bergejolak dengan bahang peperangan itu sebenarnya adalah bumi yang sedang bergolak ini.. Manakala angkatan tentera yang terbahagi kepada beberapa pasukan itu pula adalah generasi-generasi manusia.. Manakala pasukan tentera itu sendiri adalah masyarakat Islam semasa.. Manakala dua orang askar itu pula, salah seorang daripadanya adalah seorang yang mengenal Allah dan mengerjakan segala kefarduanNya serta menjauhi segala laranganNya. Dia adalah seorang muslim bertaqwa yang berjuang memperbaiki dirinya dan berjuang menentang syaitan kerana takut terjatuh ke dalam lembah kesalahan dan dosa.. Manakala askar yang kedua pula adalah seorang yang fasiq dan mengalami kerugian kerana hanya sibuk memenuhi keperluan hidup sehingga tidak percaya kepada pemberi rezeki yang hakiki. Dia tidak peduli meskipun dia terpaksa meninggalkan perkara fardu dan terdedah kepada pelbagai perkara maksiat demi untuk mendapat sesuap kehidupan.. Manakala segala latihan dan taklimat yang diberikan, maka ia adalah ibadat yang didahului oleh sembahyang.. Manakala peperangan itu pula adalah perjuangan manusia menentang diri dan nafsunya sendiri, serta perjuangannya untuk menjauhkan diri daripada segala bentuk kesalahan dan akhlak yang hina, serta perjuangannya menentang syaitan yang terdiri daripada kalangan jin dan manusia, demi menyelamatkan hati dan ruhnya daripada kemusnahan abadi dan kerugian yang nyata.

 

Manakala kedua-dua tugas tersebut pula, maka yang pertama ialah pengurniaan dan pemeliharaan kehidupan. Manakala yang kedua pula adalah ibadat terhadap tuhan yang memberi dan menjaga kehidupan, serta hanya meminta daripadaNya, bertawakkal dan bertenang hati hanya kepadaNya semata-mata.

No Voice