BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 86
(1-86)
Kebiasaan tunduk kepada perkara-perkara rutin belaka sambil mencari keuntungan di atas sifat malas akan menyerangmu dan melumpuhkan cita-citamu. Oleh itu jadikanlah ayat berikut sebagai benteng yang kukuh untuk mempertahankan cita-citamu itu.
“dan hanya kepada Allah sahaja orang-orang bertawakkal itu berserah diri.” (Surah Ibrahim:12)
Kemudian akan datang musuh licik yang mengajak menyerahkan tugas kepada diri sendiri. Ia akan mengajak cita-citamu agar berehat seketika. Oleh itu sampaikan kebenaran daripada ayat berikut kepada musuh itu supaya tangannya tidak boleh merosakkan aspirasimu:
“Tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu mendapat petunjuk.” ( Surah al-Maidah:105 )
Jika datang musuh kafir yang mahu merosak pekerjaan Tuhan dan ia cuba menghalangi cita-citamu, maka dalam menghadapi musuh itu sampaikan kebenaran dengan berhati-hati supaya dia tidak berdaya.
“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu.” ( Surah Hud:112 )
Kemudian akan datang pula kepadamu penghulu dari segala kesusahan dan sumber dari segala kejahatan iaitu malas. Ia cuba mengikat cita-cita dan melemparkannya ke dalam parit kehinaan. Oleh itu, sediakan senjata ampuh untuk menghadapi musuh yang memukau itu.
“Dan janganlah engkau bersekongkol melawan majikanmu.”
Kerana ketenangan yang sebenarnya hanya terdapat pada bekerja maka manusia yang sifatnya tidak tenang akan merasa mantap apabila dia berusaha dan berjuang.
“dan bahawasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diusahakannya.” ( Surah An-Najm:39 )

No Voice