BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 83
(1-86)

11. SYARAT-SYARAT IMAN

“Dengan nama-Nya. Maha Suci Dia.”
(Ringkasn surat kepada beberapa mahasiswa dari Universiti Istanbul Risalah an-Nur)

Pada akhir karangan “Tongkat Musa”, saya menjawab pertanyaan salah seorang saudara kita, Kuchuk Ali yang namanya sederhana tetapi jiwanya besar. Beberapa pengkritik mengatakan kepadanya sambil meremehkan Risalah an-Nur, “Setiap orang tahu Tuhan. Orang awam pun percaya kepada Tuhan sebagaimana orang suci.”

Dengan cara begitu merka ingin menegaskan bahawa diskusi yang bernilai dan sangat penting dalam Risalah an-Nur itu langsung tidak perlu. Juga di Istanbul, dengan maksud ingin merosakkan, muncul beberapa orang munafik yang telah terjerat dan tidak percaya langsung kepada Tuhan ingin melucutkan orang dari kebenaran yang terkandung di dalam Risalah an-Nur. Kata mereka, “Setiap bangsa dan setiap individu mengenal Tuhan. Kami tidak perlu mendapat arahan-arahan lagi dalam hal itu!”

Mengenal Tuhan beerti mempunyai kepercayaan kepada-Nya bahawa Dia menguasai semua makhluk dan semua benda samada yang am mahupun yang khas mulai dari atom sampai ke bintang-bintang. Semuanya berada di dalam kekuasaan-Nya dan mematuhi apa yang dikehendaki-Nya. Mengenal Tuhan beerti percaya kepada kebenaran kata-kata suci ini:


“Tiada Tuhan selain Allah” dan menyetujuinya sepenuh hati.

Dengan berkata, “Tuhan ada”, tetapi mereka membahagi-bahagikan kerajaan-Nya antara alam dan benda-benda lain. Mereka mengakui kekuasaan lain sebagai sumber kekuasaan seolah-olah ia adalah rakan Tuhan. Na’uzubillah. Kalau kita tidak berusaha memahami maksud dan kehendak-Nya dan kita selalu menolak perintah-perintah-Nya dan kalau kita mengingkari para Nabi dan Rasul yang telah diutus ke dunia ini, jika kita berbuat sedemikian, maka itu bukan percaya kepada Tuhan! Orang yang melakukan semua perkara di atas berkata,” Tuhan ada”, beerti ia hanya ingin mendapatkan keringanan dari seksaan dunia ini. Tidak mengingkari sesuatu tidak sama ertinya dengan percaya!
No Voice