BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 81
(1-86)
Wahai jiwa! Jangan engkau berkata, “ Zaman berubah. Musim menjadi lain. Semua orang sibuk mencari dunia. Memuja kehidupan dan tenggelam dalam kesibukan mencari makan.” Kematian tidak berubah. Perpisahan tidak akan berhenti. Demikian pula kelemahan manusia dan keperluannya tidak berubah. Perjalanannya tidak pernah berhenti.

Jangan pula engkau berkata, “ Saya sama sahaja dengan semua orang.” Orang lain dapat menemanimu hanya sampai ke pintu kubur. Rasa terhibur kerana orang-orang ikut memikul jenazahmu tidaklah akan membantumu di balik batu nisan.

Dan engkau jangan sekali-kali menyangkal bahawa engkau akan dibiarkan sesuka hatimu. Seandainya engkau melihat di sekelilingmu dengan teliti akan engkau dapati bahawa segalanya diciptakan mempunyai matlamat. Tiada yang wujud di dunia ini tanpa pengaturan dan pengurusan-Nya. Oleh itu mustahil engkau wujud tanpa matlamat dan pengaturan-Nya!

Banyak kejadian alam seperti gempa bumi dan sebagainya Semuanya itu bukan kejadian mendadak yang menyelinap di antara proses penciptaan. Engkau melihat betapa dunia dihiasi dengan berbagai jenis tanaman dan binatang. Masing-masing bagaikan busana halus dan direnda lapis demi lapis di atas permukaan bumi. Engkau memandangnya dari hujung ke hujung diliputi kebijakan yang mempunyai matlamat tertentu. Segalanya berpusing secara teratur untuk mencapai matlamat mulia bagaikan tarian seorang darwis Mahlavi yang sedang dalam keadaan kemuncak.
No Voice