BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 78
(1-86)
Sumber pertama: Dengan berniat engkau telah mendapat bahagian pahala Tuhan.

Sumber kedua: Siapa sahaja yang makan dari hasil kebunmu samada ia manusia atau binatang, samada lembu atau serangga, pembeli atau pencuri akan menyebabkan engkau dipuji kerana perbuatanmu itu dianggap perkara yang baik. Akan tetapi yang demikian itu kerana engkau berbuat kerana Allah dan dalam batas-batas yang ditentukan-Nya dan dalam masa yang sama engkau menganggap diri sebagai hamba-Nya yang menyalurkan kekayaan-Nya kepada makhluk dan hamba-hamba-Nya.

Lihat betapa besar kerugian yang dideritai oleh orang yang tidak sembahyang. Ia tidak memperolehi keuntungan sembahyang yang mendorong keazaman untuk maju. Semakin tua dia akan semakin jemu mengerjakan kebunnya dan berkata, “Apa untungnya bagi saya? Saya akan meninggalkan dunia ini. Apa gunanya saya terus-menerus bekerja?” Maka dia menjadi malas.

Tetapi orang yang lain itu berkata sebaliknya, ”Saya akan meninggalkan pengabdian saya. Saya akan terus mengerjakan kebun itu supaya di kubur nanti saya mendapat cahaya dan di hari kemudian nanti saya ada bekal.”

Kesimpulannya hai jiwa! Hari kelmarin telah meninggalkanmu sedang engkau tidak mempunyai jaminan bahawa hari esok akan datang. Ketahuilah bahawa hidupmu terdiri daripada hari ini sahaja. Oleh itu luangkan sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk pergi ke masjid atau tikar sembahyang. Yang demikian itu ibarat memasukkan wang ke dalam tabung hari kemudian. Hendaklah engkau ketahui juga bahawa setiap hari segar adalah ibarat sebuah pintu yang terbuka untuk suatu dunia baru bagimu dan setiap orang. Jika engkau tidak bersembahyang nescaya duniamu hari ini akan memalui kegelapan dan kesesatan dan ianya akan menjadi musuhmu.

Sebuah istana yang terbayang pada cermin akan diwarnai oleh cermin tersebut. Jika cermin itu merah nescaya istana tersebut akan nampak berwarna merah juga. Jika cerminnya bersih nescaya istana tersebut akan nampak lebih menyenangkan kita. Tetapi jika ianya kabur maka istana itupun akan nampak buruk! Sebagaimana cermin itu dapat membuat objek nampak buruk dan kasar, demikian pula engkau dapat merubah rupa duniamu dengan hatimu, kecerdasanmu, keperibadianmu dan tindakanmu. Engkau dapat memaksanya memberi kesaksian untuk kepentinganmu atau sebaliknya kesaksian yang merugikanmu.
No Voice