BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 75
(1-86)
Nasihat kedua: Wahai jiwa yang hanya berbakti untuk perut sahaja! Tidakkah engkau yang makan dan minum setiap hari, bernafas setiap saat, hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun tidak merasa jemu walau sekali? Engkau senang kerana keperluan makan dan minum serta udara segar selalu dipenuhi. Maka sembahyang juga semestinya tidak membosankanmu kerana ia memberi santapan untuk sesama organ yang mendiami badanmu. Ia bagaikan makanan untuk jantungku, air kehidupan bagi rohku dan hembusan angin segar untuk ragaku. Kekuatan yang diperlukan jantungku yang terancam oleh berbagai rasa kesal, rasa sakit dan juga tergila-gila kepada bermacam-macam keinginan, kekuatan itu diperolehi hanya dengan cara mengetuk pintu Yang Maha Kuasa dan Maha Pemurah. Air kehidupan yang diperlukan jiwa yang terus-menerus meratapi kembalinya manusia ke sisi Allah hanya dapat diteguk dengan cara melakukan sembahyang dan mencapai kebahagiaan Allah Taala.
Misteri manusia yang dikurniakan pancaindera mengetahui dan memuji yang sifatnya mencari kekalan dan sememangnya diciptakan untuk hidup kekal abadi, yang menjadi cermin dari makhluk yang abadi dan halus sekali, semua itu perlu bernafas sekalipun berada alam dunia yang kasar dan keras, yang menindas dan menyakitkan. Dan ia baru dapat bernafas apabila tingkap sembahyang dibuka.
Nasihat ketiga: Wahai jiwa yang tidak sabar! Masuk akalkah jika engkau fikirkan kembali apa yang engkau kerjakan di masa lalu iaitu dengan susah payah melakukan sembahyang? Atau masuk akalkah jika engkau membayangkan dan menantikan tugas beribadah dan kewajipan sembahyang yang engkau hadapi di masa hadapan?
Dalam ketidak sabaran itu engkau mirip seorang panglima tentera yang bingung, yang tenteranya di bahagian sayap kanan sedang bertempur dengan sayap kanan musuh yang kucar-kacir. Semestinya ia merupakan kemenangan. Tetapi kerana salah perkiraan maka sebahagian tentera bahagian tengah diperintahkan ke sayap kanan pula. Lebih celaka lagi, bahagian tentera di bahagian tengah dikirimkannya pula ke sayap kiri, walhal musuh tidak ada di bahagian itu. Akibatnya, bahagian tengah tenteranya menjadi lemah kerana kekuatannya berkurangan. Musuh yang mengerti situasi itu lalu menyerang bahagian tengah sehingga porak-peranda. Demikianlah keadaan mentalmu! Usaha di masa lalu berubah menjadi belas kasihan. Rasa sakitnya telah hilang; tinggal rasa senangnya sahaja. Susah payahnya berubah menjadi rasa syukur.

No Voice