BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 73
(1-86)
Adapun kalimah suci “Subhanallah” yang mengisytiharkan Allah Yang Maka Kuasa, Yang Tidak Bersekutu, tidak cacat, Yang Adil, Maha Kuasa, Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kalimah ini membuktikan adanya kurnia abadi di akhirat dan di syurga sebagaimana yang telah dibuktikan.
Ketiga-tiga kalimah ini iaitu “Allahu Akbar”, “Alhamdulillah” dan “Subhanallah” dan kalimah-kalimah lain seperti “ Bismillahi walaa ilaaha illAllah” adalah intisari kepercayaan dan kebenaran Al-Qur’an bagaikan makanan terpadu yang dihidangkan kepada kita.

Ketiga ucapan ini adalah benih doa, benih Al-Qur’an, sumber kebenaran dan juga merupakan benih Risalah an-Nur yang bahagian-bahagiannya sering dimulai dengan kalimah-kalimah tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan ketiga-tiga kalimah itu diucapkan setelah sembahyang dalam jama’ah besar yang terdiri dari seratus ribu lebih kaum mukminin dan diucapkan sebanyak tiga puluh tiga kali dengan tasbih di tangan.

Engkau kini mengerti betapa berharganya zikir itu apalagi jika diucapkan dalam lingkungan kaum mukminin sebanyak itu.

Sebagaimana “Topik Pertama” yang menghuraikan bahagian Risalah an-Nur ini memberi ajaran doa yang indah, maka saya akhiri huraian ini dengan kalimah berikut:


“Segala puji bagi Allah di atas kenikmatan yang diberikan-Nya.

Maha Suci Engkau. Tiada ilmu bagi kami melainkan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
No Voice