BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 76
(1-86)
Orang tidak akan merasa jemu. Malah mereka akan sentiasa merasa ghairah dan membulatkan tekad untuk bertahan. Sebaliknya kerana masa hadapan belum tiba, maka memikirkannya sejak sekarang adalah tidak rasional. Seperti membayangkan rasa haus dan lapar lalu menangisi dan meratapinya sekarang.

Maka jika kamu mengerti, fikirkan sahaja baktimu kini dan berjanjilah, ”Saya berjanji akan meluangkan masa satu jam hari ini untuk berbakti kepada Allah dengan bakti yang sebaik-baiknya sehingga mendapat pahala.” Nescaya apa yang terasa pahit dan meletihkan akan menjadi manis dan menyenangkan.

Wahai jiwa yang tidak sabar! Ada tiga macam kesabaran yang mesti engkau pikul iaitu:
Pertama - sabar dalam menjalankan ibadah dan taqwa.
Kedua – sabar dalam erti jangan melakukan perkara yang melanggar perintah.
Ketiga – sabar dalam menghadapi kemalangan dan musibah.

Jika engkau faham terimalah kebenaran nasihat terakhir ini. Katakanlah dengan penuh keberanian, “ Ya Allah Yang Maha Sabar!” lalu mintalah bantuan Tuhan Yang Maha Esa dan bersedialah memikul ketiga bentuk kesabaran itu. Jika engkau tidak mensia-siakan kekuatan yang dikurniakan Tuhan kepadamu, maka kesabaran itu cukup kuat untuk mengimbangi semua kesulitan dan kesusahan.

Nasihat keempat: Wahai jiwa yang runsing! Tidakkah kewajipan mengabdi itu berharga dalam pandanganmu? Apakah balasannya tidak mencukupi sehingga timbul rasa jemu pada dirimu? Jika seseorang menjanjikan wang pemberian kepadamu atau ia menakut-nakutimu, mungkin engkau akan bekerja sampai larut malam tanpa mengenal rasa penat. Mendirikan sembahyang itu ada matlamatnya. Ia memberi makan untuk hatimu yang lemah. Ia memberi cahaya dan santapan apabila engkau berhenti dalam perjalanan penjangmu di liang lahad. Doa dan sembahyang adalah ibarat surat berharga. Ibarat surat wasiat dalam tanganmu pada hari kebangkitan nanti. Ia akan menjadi lampu bagimu apabila kemu diwajibkan menyeberangi jambatan Siratul Mustaqim! Jika orang menjanjikanmu hadiah seratus lira emas, maka ia dapat memerintahkanmu bekerja selama seratus hari. Mungkin ia tidak menepati janjinya akan tetapi engkau mempercayainya dan engkau terus bekerja.
No Voice