BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 79
(1-86)
Jika engkau bersembahyang dan melalui sembahyang itu engkau menghadap kepada Pencipta duniamu, maka duniamu itu akan berubah diterangi cahaya. Sembahyang itu ibarat lampu dan niatmu untuk mendirikan sembahyang adalah tombol yang menghidupkan lampu atau mematikannya. Kegelapan duniamu akan lenyap dengan cahaya sembahyang. Cahaya datang dari ayat berikut:


“Allah ( Pemberi ) cahaya ( kepada ) langit dan bumi.” ( Surah an-Nur: 35 ) akan memasuki hatimu dan duniamu hari itu akan menjadi cerah kerana pantulan cahaya itu.

Jangan sekali-kali engkau berkata, “Betapa besar perbezaan antara sembahyang yang saya dirikan dengan keharusan sembahyang yang benar!” Kerana sudah maklum bahawa pohon kurma itu ada yang berbentuk benih dan ada pula yang berbentuk pohon yang sudah berbuah. Bezanya hanyalah dalam ungkapan mahupun tekanannya. Sembahyangnya orang biasa seperti engkau dan saya tetap mendapat bahagian cahaya itu seperti juga sembahyang orang-orang alim, sekalipun kita tidak dapat menyamainya. Tetapi cemerlangnya cahaya sembahyang itu berbeza menurut peringkat rohaniah manusia. Sebagaimana adanya tahap yang tidak terhad yang memisahkan benih kurma itu dari pohonnya yang sudah besar, maka demikian pula ada peringkat-peringkat dalam sembahyang yang berjumlah amat banyak. Akan tetapi, pada hakikatnya cahaya terang itu akan tetap wujud pada semua peringkat.

“ Ya Allah, berilah selawat dan salam kepada ( Nabi ) yang bersabda: “ Sembahyang itu tiang agama dan tiang kepada keluarga beliau serta sekalian sahabat beliau.”
No Voice