BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 80
(1-86)
10. HIDUP YANG TIDAK KEKAL


“Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” ( Surah Ali Imran:185 )

Kehidupan di dunia ini adalah kosong dan barang tiupan.
( Peringatan untuk menyedarkan orang yang suka mengabaikan pengajaran )

Wahai jiwa yang rosak yang menyangka bahawa kehidupan ini manis seperti madu dan melupakan hari akhirat serta ingin menikmati dunia sahaja! Tahukah engkau seperti apakah engkau? Seperti burung unta yang melihat pemburu datang. Kerana tidak boleh terbang maka ia sembunyikan kepalanya ke dalam pasir dengan harapan supaya si pemburu tidak melihatnya. Tetapi malangnya badannya yang besar itu tetap nampak dan kelihatan oleh si pemburu. Burung unta itu sememangnya tidak boleh melihat kerana matanya tersembunyi di bawah tanah.

Wahai jiwa! Perhatikanlah perumpamaan ini. Lihatlah betapa dunia ini dapat merubah kesenangan menjadi suatu penderitaan yang menyakitkan. Ketahuilah, ada dua orang tinggal di bandar Barla ini. Salah seorang kemudiannya pindah ke Istanbul. Di sana dia hidup bahagia. Tinggallah rakannya seorang diri di Barla. Kerana ingin sekali dia menyusul ke Istanbul, seringkali dia mengelamun tentang bandar itu dan mendambakan bertemu dengan rakannya di sana. Seandainya ada peluang untuk berangkat, dia tentu akan pergi dengan penuh rasa ghairah dan bersemangat. Sementara dia menunggu datangnya peluang itu didengarnya berita kematian beberapa rakannya yang lain. Maka diapun bertambah sedih dan kesepian. Orang yang malang ini kemudian mencari rakan-rakan baru sebagai pengganti mereka yang sudah pergi untuk menghiburkan penderitaannya selama ini.

Wahai jiwa! Semua rakanmu telah berada di sebalik batu nesan di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih. Tinggal beberapa orang lagi tetapi tidak lama lagi merekapun akan pergi juga. Oleh itu jangan takut kepada kematian. Jangan takut kepada batu nesan. Jangan engkau sembunyikan kepalamu. Pandang liang kubur bagaikan seorang wira. Senyumlah dengan tabah ke arah maut. Usahakan untuk mengerti apa yang diminta oleh kematian.
No Voice