BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 77
(1-86)
Apakah tidak timbul di fikiranmu bahawa Tuhan yang tidak mungkin mungkir janji itu menjanjikan suatu hadiah kepadamu, lalu membuatmu bekerja untuk suatu pekerjaan yang menyenangkan dan meminta waktumu sesaat sahaja, apakah kamu tidak terfikir bahawa kamu mesti dihukum jika gagal dalam berbakti kepada-Nya? Jika engkau meremehkan hadiah yang diberikan-Nya kepadamu malah engkau meragui-Nya, apakah Dia akan menepati janji-Nya? Bilamana engkau bekerja untuk menghindari seksaan penjara di dalam dunia fana ini tidakkah seksaan penjara yang kekal abadi di neraka membimbingmu untuk bersiap sedia melakukan pekerjaan yang ringan dan menyenangkan itu?

Nasihat kelima: Wahai jiwa yang terperangkap dalam pengabdian dunia! Mungkin engkau jemu mengabdi dan enggan mendirikan sembahyang kerana memikirkan keduniaan. Atau mungkin engaku sibuk bekerja mencari nafkah sehingga tidak mempunyai masa untuk sembahyang. Apakah engkau dilahirkan semata-mata untuk mengabdi kepada dunia sahaja? Engkau sedar bahawa di suatu sudut engkau lebih unggul dari makhluk lain akan tetapi di sudut yang lain engkau kurang mahir. Jika demikian mengapa engkau tidak mengerti bahawa tugasmu yang sesungguhnya bukanlah bekerja seperti haiwan? Engkau harus berusaha mencapai satu kehidupan yang benar dan kekal seperti layaknya seorang manusia. Apa yang disebut “kesibukan duniawi” semestinya tidak memesongkanmu. Engkau menghabiskan waktumu mencari keterangan yang sama sekali tidak ada manfaatnya sedang keterangan yang hakiki engkau tinggalkan begitu sahaja seakan-akan engkau mempunyai waktu beribu-ribu tahun. Waktu yang demikian berharga engkau habiskan dengan mengajukan pertanyaan-pertanyaan yang tidak berguna seperti, “ Apakah sifat cincin di sekitar planet Saturn”: atau “ Berapakah jumlah ayam yang ada di Amerika?” Seolah-olah engkau mahu menjadi pakar dalam ilmu astronomi atau ilmu statistik!
Jika engkau mengatakan, “Bukan hal-hal yang tak penting itu yang menghalangiku daripada mengerjakan sembahyang dan menyebabkan saya letih akan tetapi tugas penting mencari makan, maka saya akan menjawab sebagai berikut, ”Andaikata engkau bekerja sehari mendapatkan seratus kurush” dan ada orang datang dan mengatakan, ”Cangkullah di sini selama sepuluh minit angkau akan menemui sebutir mutiara yang harganya seratus lira” dan engkau menjawab,” Tidak, saya tidak mahu upah saya nanti dipotong dan kehidupan saya merana.” Bukankah itu merupakan suatu jawapan yang amat bodoh? Engkau kini bekerja untuk kehidupanmu dalam kebun dunia ini. Jika engkau meninggalkan sembahyang wajib itu, maka keseluruhan pekerjaanmu hanya berkisar perihal dunia semata. Sebaliknya, jika engkau meluangkan masa untuk mendirikan sembahyang yang merupakan sumbr ketenangan jiwa, nescaya engkau akan memperolehi kehidupan yang penuh dengan kurnia di dunia ini dan dua sumber penting sebagai bekal di kahirat.
No Voice