BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 74
(1-86)
9. KEWAJIPAN SEMBAHYANG

“Sesungguhnya sembahyang itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.” ( Surah an-Nisa’: 103 )

Seorang yang telah lanjut usia, mempunyai kedudukan dan pangkat yang tinggi pernah berkata kepada saya, “Sembahyang itu baik. Akan tetapi sembahyang lima kali sehari itu terlalu banyak. Tidakkah ianya akan melahirkan rasa jemu?”

Beberapa lama setelah dia bercakap, saya mendengarkan suara hati saya. Ternyata saya pun mendengar kata-kata yang sama dan menerima arahan yang sama dari iblis. Maka saya pun mengerti bahawa orang itu bercakap atas dasar peringkat jiwa yang paling rendah.

Saya berkata dalam hati, ”Jiwaku memerintahkan aku berbuat jahat. Kita tidak boleh merubah orang lain selama kita tidak boleh mengendalikan diri sendiri. Oleh itu sebaiknya aku mulai dengan diri sendiri.”

Saya masih berkata dalam hati,” Wahai jiwa! Akan kekalkah hidupmu? Apakah engkau mempunyai jaminan tertulis bahawa negkau akan hidup sampai esok hari? Yang menyebabkan engkau merasa jemu bersembahyang adalah ilusi yang mengatakan bahawa engkau tidak pernah mati. Engkau mahu terus bersenang-senang seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya. Tetapi jika engkau mengetahui bahawa umurmu pendek, maka menggunakan masa satu jam sahaja untuk berbakti kepada Tuhan Yang Maha Esa akan mengilhamimu dan memberi gahirah kepadamu kehidupanmu kerana engkau akan menjalani kehidupan yang bahagia dan damai.
No Voice