BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 72
(1-86)
Pada akhir “Kata Keenam Belas” kami menerangkan juga bahawa seorang hamba pada pesta-pesta mengumumkan kedatangan seorang raja sama seperti mengumumkan kedatangan seorang tangan kanan kerajaan. Tetapi pada kesempatan lain ia akan memberikan penghormatan yang layak bagi kedudukan masing-masing. Demikian pula setiap orang diperlakukan sama dengan yang lain pada waktu melakukan ibadah haji. Dia mengenal Tuhan dengan menggelar-Nya sebagai:
“Tuhan bumi dan Tuhan seru sekalian alam.”
Makin lama makin jelas perbezaan jawatan-jawatan itu dan ia apat menjawab semua pertanyaan yang diulang dengan bersemangat dengan hanya mengucapkan “Allahu Akbar”.
Pada akhir “Kata Ketiga Belas” juga telah diterangkan bahawa jawapan pasti yang harus diberikan kepada tipu daya iblis adalah ucapan “Allahu Akbar”, nescaya iblis itu akan berhenti dengan segera.
Demikian pula dengan kalimah “Alhamdulillah” adalah suatu jawapan yang singkat tetapi meyakinkan ke atas setiap pertanyaan tentang hari akhirat dan suatu petunjuk kepada pembangkitan kerana dia mengatakan,” Saya tidak mempunyai erti jika tiada akhirat. Dari sesiapapun pujian, untuk sesiapapun pujian itu, mulai dari masa sebelum dan sesudah kekal hingga ke zaman yang kekal abadi semua itu adalah kepunyaan-Nya! Kurnia yang paling tinggi yang membuatnya menjadi anugerah murni dan yang menyelamatkan semua makhluk dari malapetaka dan berbagai kerosakan tiada lain hanyalah kebahagiaan yang abadi.”
Setiap orang yang beriman mengucapkan “Alhamdulillah” sesuai dengan syari’at agama, sekurang-kurangnya seratus lima puluh kali dalam sehari. Ia mengungkapkan rasa terima kasih dan syukur yang luas dan tak terbatas. Oleh kerana itu, ia ibarat harga yang telah dibayar dan bonus yang ditawarkan kerana menginginkan kebahagiaan kekal dan syurga yang abadi. Ia tidak dapat dibatasi pada kurnia duniawi yang dicemari oleh rasa ngeri. Lebih banyak lagi terima kasih dan salam ditawarkan kepada mereka selama mereka menantikan kedatangan kurnia yang abadi itu.

No Voice