BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 70
(1-86)
Segala gejala rumit harus bertolak dari kerajaan sementara menuju kerajaan yang kekal abadi. Hal-hal seperti kebaikan, kesenangan, keringanan, kebagusan, keprecayaan, kejahatan, kesakitan, kegelapan, kejelekan dan kekafiran ditujukan ke neraka. Arus yang terus-menerus dari semua makhluk masuk ke dalam dua kolam ini dan mengendap di sana. Huraian kami sampai di sini sahaja dan pembaca kami persila membaca butir-butir yang kami simpulkan pada akhir “ Kata Ke Dua Puluh Sembilan”.
Wahai sahabat-sahabatku! Jalan yang mudah untuk lari dari penjara neraka dasyat dan mengerikan telah tersedia di hadapan mata kita. Kita boleh menggunakan kesempatan dimasukkan ke dalam penjara dunia ini untuk bertaubat dari dosa kita yang telah silam ( dan setidak-tidaknya kita dicegah untuk membuat dosa-dosa baru ), iaitu dengan menjalankan kewajipan agama kita. Dengan menggantikan setiap jam dalam kehidupan kita di penjara ini dengan sehari penuh dengan kebaktian, maka ini beerti kita telah membebaskan diri kita dari penjara abadi dan kita masuk ke syurga. Jika kita tidak menggunakan kesempatan ini maka kita akan menderita di dunia ini dan di akhirat kelak.
“Rugi dunia dan akhirat.”
Itulah kerugian yang nyata dan akan memukul muka kita!
Manakala saya menulis kata-kata ini, Hari Raya Aidil Adha tiba. Terbayang olehku laungan takbir “Allahu Akbar” tiga kali yang berkumandang oleh 300 juta rakyat. Ia bergema di bumi yang luas. Seolah-olah ia menyampaikan pekikan itu kepada semua rakan-rakan di manapun mereka berada. Laungan “Allahu Akbar” di Arafah pada Hari Raya Aidil Adha dilafazkan oleh lebih dari 20,000 musafir. Pengumuman kalimah suci Allahu Akbar telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. bersama keluarganya dan para sahabat beliau sejak seribu tiga ratus tahun yang lalu. Bagiku ucapan Allahu Akbar rasanya ibarat gema manifestasi universal Tuhan Yang Maha Kuasa yang dinyatakan dengan:
“Tuhan bumi dan Tuhan seru sekalian alam.”
Bagaikan jawapan dunia perhambaan ke atas manifestasi ini.

No Voice