BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 68
(1-86)
Sifat kekafiran itu sendiri mengandungi idea mujudnya neraka. Jika sifat kepercayaan harus mengambil sifat lahiriah, ia akan merupakan syurga kecil yang lengkap dengan segala kesenangannya yang menunjukkan wujudnya syurga. Sebaliknya kekafiran ( terutamanya kekafiran mutlak ), kemunafikan dan pengingkaran mengandungi seksaan yang dasyat dan mengerikan sehingga jika ia berbentuk lahiriah, pasti berupa neraka yang dikhaskan bagi mereka yang ingkar terhadap agama dan pada gilirannya menerangkan wujudnya neraka tersebut. Sebagaimana kebenaran dan kenyataan yang disebarkan akan tumbuh menjadi pohon zaqqum yang menandakan wujudnya neraka. “Saya adalah zat yang membentuk zaqqum”, katanya “dan buah saya adalah contoh pohon zaqqum yang ditakdirkan untuk orang malang yang menyimpanku di dalam hatinya.”

Jika kekafiran merupakan pemerkosaan pelbagai hak maka ia adalah kejahatan yang mempunyai skop luas sehingga layak diberi hukuman yang sama luasnya. Jika rasa keadilan seseorang dapat menerima dan menganggap hukuman penjara lima belas tahun (hampir lapan juta minit) sebagai suatu hal yang layak demi kepentingan masyarakat untuk suatu pembunuhan dan ianya harus dihukum dengan seksaan yang lamanya lapan puluh juta minit.

Demikian pula halnya dengan orang yang selama satu tahun hidup dalam kekafiran sudah sewajarnya dibalas dengan seksaan selama kira-kira dua trillion lapan ratus lapan puluh juta minit. Dan firman Tuhan berikut perlu didenagungkan ke telinganya:


“Mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya.” ( Surah al-Bayyinah: 8 )

Keterangan-keterangan yang menakjubkan tentang syurga dan neraka yang tercantum dalam kitab suci Al-Qur’an serta bukti kewujudan syurga dan neraka yang ditemukan dalam Risalah an-Nur yang merupakan tafsiran Al-Qur’an itu perlu diulas lebih lanjut.
No Voice