BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 67
(1-86)
Bukti kedua: Adanya neraka dan seksaan tidaklah bertentengan dengan belas kasihan, keadilan dan kebijaksanaan Allah Taala. Malah justeru rahmat, keadilan dan kebijaksanaan Tuhanlah yang mengkehendaki adanya neraka. Kerana menghukum orang-orang yang menindas hak ribuan orang yang tidak bersalah dan mematikan binatang buas yang telah memangsa ratusan binatang yang tidak berdaya merupakan suatu bentuk rahmat bagi makhluk-makhluk yang tertindas itu. Keadilah telah dilaksanakan dengan cara wajar. Sebaliknya, jika si penindas itu diberi ampun dan si binatang buas itu dibiarkan bermaharajalela, amka itu hanya beerti menunjukkan belas kasihan kepada penjahat tersebut. Demikian pula orang kafir masuk neraka kerana sikap kufurnya. Dia telah melanggar hak-hak mereka yang menjadi saksi akan nama-nama Tuhan. Kerana dia menolaknya, maka dia melanggar hak-hak orang-orang tersebut yang memuja Tuhan seru sekalian alam dengan menolak fungsi dan tugas mereka. Dia juga melanggar hak seluruh alam semesta dengan jalan mengingkari fungsinya untuk mencerminkan kewujudan Tuhan yang merupakan matlamat penciptaan dan sebagai penyebab dari semua yang ada dan pengekalannya. Semua ini merupakan kejahatan dan dosa berat yang tidak boleh diampuni. Orang yang berdosa itu patut diancam dengan ancaman yang disebut di dalam ayat berikut:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik.” ( Surah an-Nisa’: 48 )

Tidak akan masuk orang itu ke dalam syurga beerti merupakan tindakan mengasihani yang tidak pada tempatnya dan beerti tidak memberi ampun kepada beratus-ratus orang yang tidak bersalah yang haknya dirampas. Oleh itu para pendakwa menuntut supaya neraka disediakan dan supaya neraka itu bersifat hebat dan dasyat sekali.

Jika seorang yang sombong dan zalim menindas rakyat dan menghina kehormatan para penegak hukum dengan berkata, “ Engkau tidak boleh memasukkan saya ke dalam penjara atau menyediakan penjara bagi saya,” maka meskipun bandar itu tidak mempunyai penjara, hakim pasti menyuruh supaya penjara segera dibina agar penjahat yang kurang ajar itu dapat segera dimasukkan ke dalamnya. Si kafir yang tidak mahu bertaubat dan menghina Allah Yang Maha Kuasa dengan kekafirannya serta menentang Allah dengan keingkarannya itu, andaikata neraka tidak diciptakan untuk berbagai fungsi dan kegunaan, maka merupakan kekuasaan Allah untuk setidak-tidaknya menciptakan neraka itu bagi orang kafir tersebut.
No Voice