BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 65
(1-86)
“Di dalam syurga itu terdapat segala apa yang ddingini oleh hati dan sedap dipandang mata.” ( Surah az-Zukhruf: 71 )

Menurut keterangan ayat ini, manusia akan merasakan dengan cara tersendiri seperti di syurga kenikmatan badaniah yang biasa dinikmatinya di dunia ini. Balasan dari ucapan terima kasih yang tulus ikhlas dan ganjaran kerana pengabadian yang dilakukan oleh organ tubuhnya seperti lidah, mata, telinga akan diberikan dalam bentuk kenikmatan yang sesuai dengan organ yang berkenaan.

Al-Qur’an menjelaskan kenikmatan batin dengan cara khas yang tidak mungkin untuk ditolak ertinya dengan menggunakan tafsiran lain.

Buah hasil kepercayaan kepada akhirat menunjukkan bahawa sebagaimana sifat dan keperluan perut manusia yang dengan pasti menunjukkan perlunya makanan bagi manusia, maka demikian pula sifat manusia yang sebenarnya. Mutu, keperluan alamiah dan keinginan abadi danpotensi serta kebenaran yang ada pada manusia itu menuntut buah hasil yang disebut di atasa berdasarkan adanya kepercayaan kepada akhirat. Semua itu menunjukkan adanya akhirat, syurga dan kenikmatan yang abadi. Maka penyempurnaan ciptaan yang penting, tanda-tanda yang tampak pada alam semesta dan semua kebenaran yang berkaitan dengan kebenaran yang disebut sebelumnya, kesemuanya itu menunjukkan dan menjadi saksi adanya kehidupan di akhirat, masa hadapan dan hari kebangkitan. Setelah itu menyusul pembukaan pintu syurga dan neraka. Semua itu dilengkapi dengan contoh-contoh dan bukti-bukti yang terang dalam Risalah an-Nur sehingga semua itu tidak menimbulkan keraguan. Khasnya dalam “Kata Kesepuluh”, “Kata Kedua Puluh lapan” dan “Kata Kedua Puluh Sembilan” dalam bab “Sinar Kesembilan” dan dalam “Laporan Tentang Permohonan”. Kita menyerahkan huraiannya kepada yang bersangkutan dan memotong cerita panjang ini sampai di sini.

Adapun penjelasan Al-Qur’an mengenai neraka, penjelasan itu tegas dan tidak memerlukan tambahan lainnya. Akan tetapi ada beberapa keraguan yang perlu diteliti. Suatu pernyataan yang terperinci akan dimasukkan ke bahagian-bahagian yang lain dari Risalah an-Nur, dan berikut ini saya hanya meringkaskannya sahaja.
No Voice