BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 63
(1-86)
Kepercayaan demikian akan menyatakan kepada si anak, “ Di sana ada syurga. Oleh itu, tinggalkan sikap malas!.” Dan mendorong sifat kesungguhan ke dalam jiwa anak tersebut dengan memberi pengajaran dari Al-Qu’ran. Kepada golongan anak muda kepercayaan itu berkata, “ Nun di sana ada syurga. Oleh itu tinggalkan kesukaanmu bermabuk-mabukan!” Dan kepada si penindas kepercayaan itu berkata, “ Seksaan menantimu. Engkau akan dipukul!” Maka si penindas menundukkan kepala dan menyerahkan diri kepada keadilan. Kepercayaan itu juga berkata kepada kaum warga tua,” Kebahagiaan di kahirat, suia yang kembali muda dan kekal abadi dan kesenangan yang lebih daripada yang telah engkau rasakan di dunia akan menjadi milikmu semua di akhirat sana. Oleh itu berusahalah untuk memperolehinya!” Maka kesedihan mereka pun lenyap dan air mata mereka berganti menjadi gelak ketawa.
Percaya kepada akhirat mempunyai kesan yang baik ke atas glongan-golongan lain, samada besar mahupun kecil. Wajah setiap orang carah kerananya. Para ahli sosiologi dan kaum moralis yang mempelajari kehidupan sosial akan terbangun dari tidurnya! Jika kita menarik kesimpula dari contoh-contoh di atas bahawa ribuan keuntungan akan diperolehi kerana percaya pada akhirat itu, maka jelaslah bahawa punca kebahagiaan dalam dua kehidupan ini adalah pada kepercayaan itu semata-mata.
Kerana keraguan manusia dalam hubungannya dengan kebangkitan materialistik telah mendapat jawapan yang tegas dalam “Kata Kedua Puluh Lapan” dan lain-lain bahagian dalam Risalah an-Nur, maka saya membincangkan perihal subjek itu sedikit sahaja di sini.
Pencerminan yang menyeluruh dari sifat-sifat Tuhan yang luas terdiri pada sifat-sifat lahiriah dan maksud Ilahi yang paling aktif yang berkenaan dengan penciptaan manusia adalah seperti badan. Rahmat Tuhan yang beraneka ragam dapat ditemukan dalam benda, benih-benih doa dan pengabdian manusia kepada Yang Maha Pencipta yang diucapkan dengan nada yang sangat memohon bantuan, telah disebarkan di dalam sebuah badan. Benih-benih yang begitu banyak jenisnya dari alam batin telah ditempatkan pula dalam satu badan.

No Voice