BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 61
(1-86)
Saya dapat mengatakan jika percaya kepada hari akhirat tidak datang membantu saya, nescaya saya tidak akan sanggup memikul hukuman ini walaupun untuk sehari sahaja. Nasib malang yang hebat ini akan menimpa dan mengusik saya untuk melakukan hal-hal yang tidak patut. Berkat Allah Taala saya dapat mengatakan dan bersumpah bahawa percaya kepada akhirat memberi ketabahan untuk bertahan terhadap segala pukulan. Walaupun saya menderita sakit yang sama seperti saudara-saudara lain yang tercinta, walaupun saya menyesali hilangnya beribu-ribu naskah Risalah an-Nur, dan walaupun pada masa lalu saya tidak dapat menerima cemuhan orang, namun kini saya telah merasa kuat samada rohani mahupun jasmani, dan saya ingin menang supaya mendapat ganjaran dalam pertarungan ini. Saya menganggap diri sebagai pelajar dari sebuah sekolah teladan yang bernama “Sekolah Yusuf.”[1]
Jika tidak kerana sakit atau kerana faktor usia, saya tentu bekerja lebih keras, mengajar lebih rajin dengan hati yang lebih tenteram. Saya telah menyimpang dari persoalan kita. Saya minta maaf.
Setiap orang merupakan dunia kecil. Rumahtangganya ibarat surat kecil. Jika rumahtangga itu tidak mengenal kepercayaan kepada akhirat, maka anggotanya akan menderita sesuai dengan banyak atau sedikitnya cinta kasih mereka. Syurga boleh menjadi neraka. Atau boleh jadi manusia membunuh perasaannya yang murni dan mengejar hawa nafsu dan kesenangan belaka. Bagai burung unta melihat pemburu, kerana tidak boleh maka disembunyikan kepalanya ke dalam pasir dengan harapan si pemburu tidak melihatnya. Demikian pula manusia menyembunyikan kepalanya agar dia tidak melihat maut sedang mencari mangsa di sekitarnya. Cara yang aneh ini merupakan ubat untuk menenangkan pancainderanya selama beberapa waktu. Seorang ibu akan merasa cemas melihat anak kesayangannya menghadapi bahaya. Demikian pula anak-anak yang tak dapat menyelamatkan ayah dan saudara-saudaranya dari kemalangan yang tidak dapat dielakkan akan sentiasa merasa sedih dan prihatin.
-----------------------------------------------
[1] Kiasan bagi Nabi Yusuf a.s. yang dimasukkan ke dalam penjara kerana tuduhan palsu. Waktu berada dalam penjara adalah bermanfaat untuk menyemak kisah Nabi Yusuf a.s. ini.

No Voice