BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 58
(1-86)
Ketiga: Keuntungan lain jika percaya kepada akhirat masih lagi berkaitan dengan kehidupan peribadi. Manusia mempunyai kedudukan yang tinggi dan terhormat jika dibandingkan dengan makhluk lain di dunia ini. Dia memiliki pancaindera yang terpuji. Caranya memuja Tuhan banyak ragamnya dan bidang kegiatan serta kehidupannya luas sekali.

Manusia dapat memperolehi kebajikan-kebajikan seperi cinta, kehormatan, nama baik, persaudaraan dan perikemanusiaan yang murni hanya sepanjang dia hidup di dunia ini dan di masa kini, terpisah dari masa lali yang gelap-mati mahupun masa hadapan yang samar-samar. Misalnya, seseorang mencintai dan ingin berbakti kepada ayah, saudara, isteri dan sesamanya, atau kepada tanah air yang pada masa lalu tidak dikenalinya dan di masa yang akan datang tidak dapat diramalnya. Kerana jarang sekali dia dapat memperlihatkan cinta dan ketulusan hatinya, maka fikirannya merasa risau dan dia tidak dapat mencapai kepuasan hati sepenuhnya. Jika dia bertindak di antara binatang-binatang dan jika kecerdasannya menjadikannya makhluk yang paling malang dan rendah darjatnya, maka dia hanya akan dapat ditolong dengan percaya kepada akhirat.

Keadaannya segera berubah kerana waktu yang terbatas dan sempit akan menjadi luas, kerana ianya meliputi masa lalu dan masa yang akan datang. Pemandangan seluas dunia akan terbentang di hadapannya di sepanjang kurun waktu dari zaman sebelum abadi hingga ke zaman sempurna abadi. Dia mengetahui bahawa ayahnya tetap mempunyai ikatan kekeluargaan dengannya walaupun ayahnya itu telah meninggal dunia dan berada di kerajaan arwah. Dia mengetahui bahawa abangnya menyayanginya sebagai adik yang abadi, dan bahawa isterinya adalah rakan hidupnya yang tersayang di syurga kelak. Kerana dia sedar akan semua itu, maka dia mencintai, menghormati dan menyayangi mereka semua.

Dia akan melakukan bakti untuk memperkuatkan hubungan itu. Dia tidak akan mensia-siakan hubungan dengan mereka itu untuk perkara-perkara yang tidak penting dan tidak layak. Maka dia benar-benar dibimbing oleh ketaatan yang murni dan ketulusan hati yang wajar. Moral kebajikannya akan meningkat dan demikian pula perkemanusiaannya sesuai dengan tingkat manusia mendapatkan keperibadiannya.
No Voice