BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 55
(1-86)
Akhirnya orang yang keras kepala itu menjawab dengan insaf, “Maha Mulia Allah, saya percaya! Saya percaya sepenuh hati dan secerah mentari dan saya mengakui bahawa kerajaan ini hanya mempunyai satu Raja Sempurna. Bumi ini hanya mempunyai satu Tuhan Yang Maha Mulia. Dan istana ini hanya memiliki satu Pencipta. Semoga Allah memberkati engkau kerana telah mengubati saya dari kesesatan dan telah membebaskan saya dari pengingkaran yang lama. Setiap bukti yang engkau tunjukkan cukup membuktikan kebenaran yang sebenarnya. Saya mendengar setiap bukti dan setiap kali saya melihat terungkaplah pengetahuan yang semakin jernih, menyenangkan hati dan semakin sempurna. Dengan semakin banyaknya tirai yang dikuakkan itu, semakin banyaklah jendela kasih sayang dibuka!”
Maka lengkaplah sudah kisah perumpamaan kami yang membuktikan kebenaran ulung daripada keesaan Tuhan dan kepercayaan yang terselubung dalam kalimah, “ Saya percaya kepada Allah!”
Maka lengkaplah sudah kisah perumpamaan kami yang membuktikan kebenaran ulung daripada keesaan Tuhan dan kepercayaan yang terselubung dalam kalimah, “ Saya percaya kepada Allah!”
No Voice