BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 52
(1-86)
Lihatlah bagaimana semua benda mempunyai bukti tentang kekuasaan dan keesaan yang tidak dapat dilihat itu. Demikian pula perubahan dan pembentukan yang saling menyusul antara sesamanya, bagaikan iring-iringan kafilah yang tidak berkeputusan, yang muncul dari sebalik tirai yang terusan terbuka dan tertutup, membuktikan keabadian dan sifat kekal-Nya. Kerana jika hilangnya semua benda, maka yang menghasilkannya akan lenyap pula. Namun sesudah mereka tiada lagi, akan berulang kembali hal-hal yang kita hubungkan dengan mereka. Oleh kerana itu, semua akibat yang telah kita lihat bukanlah milik mereka sendiri akan tetapi lebih banyak milik sesuatu yang tidak mati iaitu Yang Abadi.
Gelombang-gelombang yang ada di permukaan air sungai lenyap tetapi gelombang baru muncul sesudah itu, berkilauan dengan cara yang sama. Dengan demikian dapat kita simpulkan bahawa sesuatu yang telah menyebabkan ia berkilau adalah pemilik abadi dan agung. Demikian pula perubahan cepat semua benda dan pemakaian warna yang sama oleh kewujudan yang susul-menyusul yang dapat kita simpulkan sebagai kewujudan corak dan cermin sesuatu yang Esa dan Abadi.
Wahai rakanku! Saya akan memperlihatkan kepadamu suatu bukti yang lebih mnentukan dan sama meyakinkan seperti sepuluh buti terdahulu. Mari kita naik ke atas kapal.[1] Ada sebuah pulau di kejauhan sana yang menjadi halatuju kita. Kunci-kunci dunia yang hebat dapat ditemui di sana. Perhatian dan pengharapan semua orang tertumpu kepada pulau itu dan semua orang menerima petunjuk darinya. Kita belayar ke pulau itu dan turun dari kapal. Lihatlah betapa bisingnya keadaan di sini. Orang-orang terkemuka dari seluruh dunia berkumpul untuk mengikuti satu upacara penting. Perhatikanlah dengan saksama dan engkau akan melihat bahawa kumpulan orang itu mempunyai seorang pemimpin yang mengetuai mereka. Mari kita pergi lebih dekat lagi dan berkenalan dengannya.
[1] Kapal merupakan kiasan sejarah. Pulau sebagai Nabi Muhammad s.a.w. Mulai dari panai gelap zaman ini, zaman peradaban yang liar dan keras, kita menempuh ke zaman yang memberi cahaya pada wajah waktu dan melenyapkan suasana gelap dari kekafiran dan bimbingan yang salah.

BUKTI KESEBELAS

No Voice