BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 51
(1-86)
Seperti kedua contoh ini, jika penciptaan semua barang dalam istana yang teratur baik ini, bandar yang sempurna ini, kerajaan yang makmur ini, dunia yang megah ini, diserahkan kepada yang satu, maka perlaksanaan tugas akan menjadi sangat mudah dan ringan, sehingga segala hasilnya kita lihat dalam dunia ini bagaikan suatu keadaan yang serba murah, mewah dan mencukupi. Sebaliknya, jika tidak demikian, maka segala sesuatu menjadi sangat mahal dan sukar didatangkan sehingga tiada apa yang dapat diperolehi, meskipun seluruh kekayaan dunia dipertaruhkan sebagai gantinya.
BUKTI KESEPULUH
Rakanku! Engkau kini telah mula membuktikan kau memiliki kejujuran. Telah lima belas hari kita berada di sini.[1]Jika kita tidak mengathui hukum-hakam dunia dan tidak mengetahiui rajanya, maka kita layak menerima hukuman.Kita tidak mempunyai alasan apapun. Selama lima belas hari tiada apa yang harus kita pertanggungjawabkan. Seolah-olah kita telah diberi kelapangan waktu. Tetapi kita tidak dibiarkan begitu berterusan. Kita tahu bahawa kita disekelilingi oleh banyak kenikmatan yang tak terkata, lazat, enak, lembut dan halus. Kita tidak boleh berbuat sesuka hati kita kerana kita tidak dibenarkan melakukan sedemikian. Raja dunia Yang Megah ini pasti memberi hukuman setimpal. Engkau akan mengerti betapa megah dan berkuasanya Raja itu dengan cara-Nya memerintah dunia yang luas ini bagaikan suatu istana. Ya, bagaikan sebuah roda yang berpusing. Ia mengurus kerajaan yang besar ini bagaikan sebuah rumahtangga dan tidak membenarkan kekurangan suatu apa pun. Lihatlah bagaimana Ia mengisi istana kerajaan ini dengan teliti kemudian mengosongkannya dengan berhati-hati, seakan-akan hanya mengisi dan mengosongkan sebuah cangkir. Dari hujung kerajaan sehingga ke hujungnya yang lain muncul perlbagai jenis buah yang dihantar untuk disantap bila tiba waktunya. Berbagai jenis hidangan disajikan kemudian diangkat lagi oleh sebuah tangan yang tidak kelihatan. Seolah-olah alas meja[2] dibentang kemudian dilipat kembali. Diambilnya sehelai lalu dikeluarkannya yang lain. Demikianlah engkau dapat memahaminya andaikata engkau dapat memahami kedermawanan yang terkandung di dalam keagungan yang mempersona itu.
-------------------------------------------
[1] Lima belas hari mengkiaskan usia lima belas tahun ketika seseorang itu dianggap telah memikul bebanan hukum ( akil baligh ).
[2] Alas meja menggambarkan kiasan muka bumi di tengah-tengah musim panas bilamana beratus-ratus macam hidangan segar dikeluarkan. Setiap kebun buah berubah bagaikan periuk. Setiap pohon menjadi pelayan yang menghantar penuh santanapan yang lazat itu.
No Voice