BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 49
(1-86)
Demikian juga pemilik yang sah dari satu-satunya pita atau kancing lambang milik negara, maka negara haruslah menyediakan bengkel-bengkel yang menghasilkannya. Selalunya ada sahaja kemungkinan berlakunya penyalahgunaan yang dilakukan oleh askar yang sombong. Oleh itu kita harus mengingatkan kepadanya bahawa semua itu adalah milik negara. Ringkasnya unsur-unsur bahan ini adalah bahan material yang ada bahan didalamnya. Yang mempunyainya hanyalah Yang Maha Esa pemilik seluruh negara. Semua objek yang tersebar di kerajaan ini yang mirip antara satu sama lain kerana dibuat dari satu cetakan adalah menunjukkan hasil karya dari yang memerintah.
Wahai rakanku! Dalam kerajaan ini tanda kesatuan dan mata wang adalah merupakan lambang penyatuan. Beberapa benda menunjukkan penyatuan dan mencakupi keseluruhannya. Benda-benda lain meskipun banyak ragamnya memperlihatkan satu kesatuan corak hasil kemiripan serta kewujudannya di mana-mana. Kerana ada kesatuan, maka tentu ada sesuatu Yang Esa. Si Perancang, Pemilik, Penguasa dan Penciptanya yang mempunyai ciri-ciri kesatuan heruslah pula Esa. Perhatikan, tali yang kasar ada di belakang tirai yang tidak kelihatan, dan ribuan tali yang lebih halus bergantung kepadanya. Pada hujung setiap tali itu diikat suatu hiasan, pemberian dan hadiah. Suatu hadiah yang sesuai ditawarkan kepada setiap orang. Tidak sedarkah engkau, betapa anehnya engkau jika tidak mengakui dan berterimakasih kepada yang satu itu; yang telah memberikan hadiah-hadiah yang menakjubkan dari balik tirai yang tidak kelihatan. Kerana, jika engkau tidak mengakuinya, maka engkau akan terpaksa berkata, “Tali-tali ini terjadi dengan sendirinya, begitu pula dengan hadiah dan pemberian lainnya yang melekat padanya.” Hal ini beerti setiap tali mempunyai kedudukan sebagai raja, walhal sesungguhnya ada satu tangan dari alam yang tidak kelihatan yang mencipta tali-tali itu dan menggantung hadiah-hadiah itu pada tali tersebut di hadapan mata kita. Ringkasnya, segala sesuatu yang ada di dalam istana ini membuktikan wujudnya yang ghaib itu. Jika engkau tidak mengakuinya maka engkau akan jatuh ke tingkat yang jauh lebih rendah dibandingkan dengan binatang kerana sangkalanmu yang keterlaluan mengenai segala sesuatu yang mengisi dunia ini!

No Voice