BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 46
(1-86)
BUKTI KEENAM
Mari kita berjalan-jalan di dataran yang luas ini. Di tengah-tengahnya menjulang sebuah gunung. Mari kita mendaki gunung itu agar kita dapat memandang ke seluruh daerah di sekelilingnya. Sebaiknya kita membawa teleskop terbaik supaya segala sesuatu dapat kita lihat lebih dekat, sebab banyak benda aneh sedang bergerak dalam negeri asing ini. Ini beerti kecerdasan kita tidak sanggup memahami apa-apa yang berlaku dari masa ke semasa. Gunung-ganang, dataran dan bandar-bandar tiba-tiba sahaja berubah dengan cara sedemikian rupa sehingga jutaan permasalahan yang rumit dan sukar menjadi teratur. Pelbagai perubahan luar biasa berlaku menyerupai jalinan jutaan kain cita. Lihatlah bagaimana semua bunga dan tanaman yang kita sukai itu berganti menjadi tanaman yang mempunyai berlainan bentuk. Dataran dan gunung-ganang adalah bagaikan suatu hamparan bertuliskan ratusan buku yang beraneka ragam tanpa sebarang kesalahanpun. Tidak mungkin hal yang demikian itu berlaku dengan sendirinya. Lebih tidak mungkin lagi jika perubahan itu berlaku kerana dirinya sendiri. Perubahan tersebut lebih banyak menunjukkan Pencipta mereka daripada diri mereka sendiri.
Yang menghasilkan karya ajaib dan yang menggerakkan segala sesuatu itu mempunyai sifat sedemikian rupa sehingga tidak ada tugas yang sukar bagi-Nya. Bagi Dia, menulis seribu buah buku adalah sama mudahnya dengan menulis sepucuk surat.
Selain itu, lihatlah ke segenap penjuru dan saksikanlah bagaimana pandainya Dia meletakkan setiap benda pada tempatnya dengan tepat. Dengan murah hati dicurahlkan-Nya kurnia yang patut kepada setiap makhluk di dunia fana ini.. Oleh itu, adakah sesuatu yang tidak mungkin di dunia ini sehingga kita menyaksikan sesuatu yang dapat digolongkan sebagai kebetulan? Rakanku, carilah kelemahan akan hal ini seandainya engkau boleh!
No Voice