BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 45
(1-86)
Andaikata engkau tidak bersetuju dengan kewujudan makhluk ghaib itu maka semestinya engkau menyerahkan segala pengetahuan, kesenian dan kesempurnaan yang melekat pada batu, tanah, bintang dan makhluk seperti manusia yang ditemukan dalam kerajaan itu kepada objek-objek itu sendiri. Sebagai pengganti makhluk tunggal yang ghaib itu yang kecerdikannya engkau nafikan, maka engkau beranggapan wujudnya jutaan makhluk ghaib yang masing-masing serupa atau tidak serupa, yang hidup dalam lingkungan sama, dan harus tetap bekerjasama dengan serasi. Namun, nyatanya jika alam ini cuba diaturkan oleh dua pasang tangan, maka kekacauanlah yang akan berlaku. Kerana jika ada dua orang ketua dalam satu kampung, ada dua orang gabenor dalam satu bandar besar, ada dua orang raja dalam satu kerajaan, maka kekacauanlah yang akan berkuasa. Bagaimanakah segala sesuatu dapat hidup tanpa Penguasa dunia Yang Maha Kuasa dan mutlak ini?
Rakanku perhatikanlah baik-baik piagam pada isatna ini. Hormati hiasan-hiasan istana ini. Periksalah jauhar bandar ini. Pertimbangkan karya seni dunia ini. Andaikata pena makhluk ghaib ini tidak bekerja dengan kuat dan kecekapan yang menakjubkan dan andaikata piagam ini dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang tidak berjiwa, kebetulan dan alam bisu sahaja, maka setiap batu dan rumput dalam dunia akan menjadi pemahat yang mengagumkan. Seorang penulis yang luar biasa seolah-olah sanggup menuliskan seribu buah buku dengan satu huruf, memadai jutaan macam kesenian menjadi satu ciptaan tunggal. Lihatlah bentuk batu-batuan. Masing-masing memuatkan bentuk keseluruhan istana, segala peraturan kota dan segala jauhar dunia.
Oleh kerananya, membuat bentuk-bentuk itu sahaja tidaklah menakjubkan daripada membina negara. Dengan demikian setiap bentuk dan seni bagaikan pernyataan dan petanda kewujudan sesuatu yang ghaib itu. Jika surat tidak dapat bertindak selain kecuali sebagai pernyataan kecekapan menulis dan bentuk artistik tidak dapat berbuat selain sebagai bukti wujudnya si pencipta. Maka bagaimanakah seseorang dapat menulis suatu buku besar hanya dengan satu huruf dan menghuraikan seribu bentuk hanya dengan bentuk tunggal yang tidak dikenal dari buku dan ciptaannya sendiri?
BUKTI KELIMA

No Voice