BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 50
(1-86)
BUKTI KESEMBILAN
Wahai rakanku yang bodoh! Engkau tidak mengakui Pemilik istana ini dan tidak mempunyai keinginan untuk mengakui-Nya krana engkau menganggap kewujudan-Nya adalah mustahil. Engkau telah sesat dengan menyangkal kepandaian-Nya yang menakjubkan serta kebesaran-Nya yang berada di luar jangkaan pengertian. Andaikata kita mengakui-Nya, maka seluruh istana ini, dunia ini akan menjadi suatu tempat yang tenteram dan tenang bagi kita. Segala barang akan menjadi murah dan melimpah ruah. Akan tetapi jika tidak mengakui-Nya, maka segala-galanya di dalam istana ini akan menjadi masalah kerana segala sesuatu yang mengisi istana ini sama rumitnya dengan istana itu sendiri.
Barang-barangnya tidak akan menjadi murah dan jumlahnya tidak akan melimpah. Malah tidak satupun dari yang kita lihat akan dapat kita atau orang lain nikmati!
Lihat tin-tin berisi makanan yang tergantung pada tali. Andaikata tidak berasal dari dapur ajaib yang tidak nampak kepunyaan Pemilik dunia ini, maka kita tidak akan memperolehinya dengan harga berapapun walaupun sekarang kita boleh mendapatkannya dengan harga yang amat murah. Ya, mustahil masalah-masalah dan bencana-bencana itu disebabkan oleh kerana engkau tidak mengakui-Nya. Dan memang betul suatu kebodohan jika kita tidak mengakui-Nya. Menurut suatu hukum pohon kayu diberi kehidupan melalui akarnya. Penciptaan ribuan buah sama mudahnya dengan penciptaan satu buah sahaja. Jika semua pohon itu masing-masing duhubungkan dengan suatu pusat dan akar tersendiri menurut peraturan tersendiri pula, maka tiap-tiap buah akan menjadi sama rumitnya dengan keseluruhan pohon itu.
Demikian pula jika seluruh perlengkapan suatu pasukan berasal hanya dari satu kilang. Melengkapi suatu pasukan akan menjadi sama mudahnya dengan melengkapi seorang askar. Akan tetapi jika perlengkapan askar harus dibuat dan diperolehi dari berbagai tempat, maka untuk tiap-tiap askar harus didirikan kilang sebanyak yang diperlukan untuk seluruh pasukan.
No Voice