BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 53
(1-86)
Lihatlah betapa gemerlapannya tanda-tanda jasa yang dimilikinya.[1] Ianya lebih dari seribu buah. Betapa tegas dan yakin cara dia berbicara! Betapa ramahnya dia bretutur! Dalam waktu lima belas hari yang lalu saya mempelajari sebahagian daripada apa yang diucapkan. Sekarang belajarlah dari sana. Dia membicarakan penguasa negara yang menakjubkan ini. Katanya Raja Yang Agung telah mengutusnya dan dia dapat membuat keajaiban-keajaiban yang sedemikian rupa sehingga ia memberi kesan yang mendalam bahawa dia adalah utusan yang tepilih oleh Raja itu.

Perhatikan betul-betul. Engkau akan melihat bahawa bukan makhluk-makhluk dari pulau itu sahaja yang mendengar kata-katanya. Dia membawa mereka melalui bentuk ghaib ke seluruh kerajaan kerasa setiap orang berusaha dengan segala daya mendengarkan apa yang diucapkannya di sini. Bukan orang sahaja bahkan binatang juga turut mendengarnya. Gunung-ganang ikut mengendahkan perintah-perintahnya. Gunung-ganang tersebut tidak berganjak dari tempatnya sedang pohon-pohon kayu berganjak mengikut perintah. Dipancarkannya air di mana sahaja dia kehendaki dengan jari-jarinya dibuat seperti sebuah paip yang menyemburkan air dari syurga iaitu air munuman untuk kehidupan manusia. Lampu[2] dalam kubah yang megah di istana ini terbelah dua dengan perintah-Nya. Semua ini membuktikan bahawa smeua makhluk yang ada di dalam kerajaan ini tahu akan tugasnya. Seolah-olah mengenalnya sebagai juru bicara yang terpilih dan jujur dari sesuatu yang tersembunyi dan ajaib, dan sebagai pesuruh yang dipercayai untuk menyebarluaskan perintah-perintah-Nya.

Setiap kata yang diucapkannya mendapat sambutan dari semua makhluk yang beraqal dan mendapat jawapan seperti, “Ya, ya betul, betul..!” Sesungguhnya semua gunung dan pohon kayu dalam kerajaan itu serta suluh besar yang menerangi kerajaan.[3] Masing-masing menundukkan kepala kepada perintah dan suruhan orang itu serta mengakui, ”Ya segala yang engkau katakan adalah benar!”.
---------------------------------------------

[1] Seribu tanda jasa adalah mu’jizat Rasulullah s.a.w. yang menurut pakar yang menyelidikinya berjumlah sekurang-kurangnya seribu.

[2] Lampu yang dimaksudkan ialah bulan. Dengan perintah-Nya ia terbelah menjadi dua. Seperti kata Maulana Jami,” Orang yang tidak boleh membaca dan menulis, menulis huruf alif di halaman langit dengan jari-jemarinya. Dari angka 40 dibuatnya dua kali angka 50.” Ertinya sebelum bulan terbelah, ia merupakan huruf mim bulan sabit, masing-masing menggambarkan huruf nun yang mempunyai nilai sebanyak 50.

[3] Suluh merupakan kiasan kepada matahari. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. tertidur dalam pangkuan imam Ali r.a. sehingga Imam Ali r.a. tidak dapat melakukan sembahyang. Tiba-tiba bumi berputar kembali dari timur sehingga matahari kelihatan semula. Berkat mu’jizat itu Imam Ali r.a. dapat menunaikan sembahyang Asar.
No Voice