BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 56
(1-86)

8. PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT

Dalam bahagian ini kita akan meringkaskan sebahagian kecil mengenai manfaat percaya kepada akhirat dan keuntungan yang akan dinikmati kerananya, samada di dunia mahupun di akhirat.

Mengenai keuntungan yang dinikmati di akhirat, dalam Al-Qur’an telah diberikan keterangan yang tak perlu dijelaskan lagi. Hal itu kami serahkan sahaja kepada kitab suci Al-Qur’an. Kami akan membatasi diri dalam bab ini kepada kebahagiaan di dunia dan keuntungannya.

Secara ringkas kami akan menghuraikan beberapa akibat sikap percaya kepada akhirat penting untuk kehidupan sosial dan peribadi seseorang.

Pertama: Berlainan dengan haiwan, manusia tertarik kepada dunia seperti mana ia terikat kepada rumahtangganya. Oleh itu, maka dia akan memelihara hubungan yang sebaik-baiknya dengan sesama manusia dan juga dengan keluarga dan kaum kerabatnya. Dia ingin mempunyai satu kedudukan sementara yang kukuh dan jelas di dunia ini sebagaimana dia menginginkan tempat yang tetap dalam kerajaan abadi.

Sebagaimana dia berusaha untuk memuaskan perutnya dengan makanana, maka dia dipaksa oleh sikapnya berjuang untuk mendapatkan kecerdasan dan semangat yang tinggi. Keinginan serta tuntutan hati nuraninya adalah begitu kuat maka hanya kebahagiaan murni dan kekal yang dapat memuaskan rasa laparnya itu.

Sebagaimana disebutkan dalam “Kata Kesepuluh”, saya pernah menyoal kepada daya imaginasi saya ketika saya masih kanak-kanak,” Mahukah engkau dikurniakan hidup sejuta tahun dan menguasai dunia dalam masa yang lama untuk yang kemudiannya kamu akan dicampakkan ke dalam kebinasaan yang hampa? Atau engkau mendambakan hidup kekal tapi keras, hina, papa dan penuh derita?” Imaginasi saya menginginkan pilihan yang kedua dan menolak pilihan yang pertama. Katanya,” Saya mengingkan hidup yang kekal abadi sekalipun di dalam azab neraka.”
No Voice