BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 57
(1-86)
Jika kesenangan duniawi tidak dapat memuaskan deri imaginasi yang merupakan hamba utama manusia, maka seluruh perkara yang menjadi dasar itu terjalin untuk mencari hubungannya dengan perkara-perkara yang kekal abadi kerana begitulah sifatnya.
Manusia berada dalam kekuasaan di atas keinginan-keinginan dan bermacam-macam harapannya yang tidak terbatas, tetapi kemampuannya hampir atau lansung tidak ada. Sebaliknya, kepercayaannya kepada hari kemudian begitu kuat, kaya dan berharga bagaikan sumber kebahagiaan tempat dia bernaung dan mencari perlindungan serta merupakan hiburan yang dapat mengubati penderitaan duniawi yang dialaminya terus-menerus. Semua itu bukan merupakan harga yang mahal, jika dia harus mengorbankan hidup untuk hikmah yang diperolehinya.
Kedua: Keuntungan dari percaya kepada akhirat ialah keuntungan bagi kehidupan peribadi. Akibat dari kepercayaan ini yang telah diterangkan dalam “Kata Ketiga” dan pada nota kaki “Bimbingan Untuk Pemuda” adalah penting sekali.
Kebimbangan yang paling besar yang dirasai setiap orang ialah bagaimana ia memasuki saat kematiannya. Orang malang yang brsedia mengorbankan dirinya untuk rakannya menyangka bahawa ribuan, atau jutaan rakan telah dipisahkan dari dirinya dan dikirimkan ke tempat hukuman mati masing-masing. Ini menimbulkan rasa sakit kepadanya yang lebih parah dari seksaan neraka. Apabila dia memikirkan hal tersebut, muncul rasa percaya kepada hari kemudian dan matanya terbuka. Selubungnya pun terungkap. “Lihat!”, kata kepercayaan itu. Manusia yang melihat dengan penuh keyakinan menikmati kebahagiaan rohani sebagaimana dia menikmati kenikmatan di syurga yang akan datang dan menemui rakan-rakannya yang diselamatkan dari kematian dan kebusukan abadi, dan menantikan kedatangannya dalam dunia yang cemerlang dengan gembira. Kita akhiri hal ini sampai di sini kerana masalah ini telah dihuraikan di tempat lain dalam Risalah an-Nur dengan bukti-buktinya sekali.

No Voice