BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 60
(1-86)
Adapun orang muda yang merupakan sepertiga umat manusia, asmara mereka sedang bergelojak hebat. Jiwa mereka bagaikan badai ribut yang sentiasa resah. Jika mereka hilang kepercayaan kepada hari akhirat dan lupa akan seksaan neraka serta tidak menghormati orang tua, nescaya mereka akan membahayakan kehidupan masyarakat ramai. Kadang-kala seoarang pemuda merosakkan kebahagiaan rumahtangga sekadar untuk melepaskan hawa nafsu, kemudian dia terpaksa menderita di dalam penjara beberapa tahun lamanya. Dia telah melakukan kejahatan yang menjatuhkan darjatnya sehingga ke tingkat yang paling rendah iaitu setaraf dengan binatang liar. Jika dia diselamatkan oleh kerana percaya kepada akhirat, dia akan sedar dan berkata kepada dirinya sendiri,” Memang mata-mata kerajaan tidak melihat saya dan saya dapat brsembunyi. Akan tetapi malaikat-malaikat Tuhan Yang Maha Kuasa yang penjaranya adalah api neraka, mereka melihat dan memcatit semua perbuatanku yang jahat. Saya tidak dibiarkan sendiri. Saya ibarat seorang pedagang yang mempunyai pelbagai tugas. Lagipun saya akan menjadi orang tua seperti orang lain.” Dia mulai menghargai dan menghormati mereka yang tadinya akan menjadi mangsanya sekalipun tanpa sebarang dosa. Kerana masalah ini telah dihuraikan bersama pelbagai bukti dalam Risalah an-Nur, maka perbicaraan kita akhiri sampai di sini sahaja.

Bahagian penting lainnya adalah berkaitan dengan kaum yang sakit dan tertindas. Di antara mereka adalah orang-orang seperti kita yang miskin dan menderita serta pernah dihukum penjara dengan kerja paksa.[1] Kalau mereka tidak dibantu dengan percaya kepada akhirat, maka sakratul maut yang terus-menerus mengingatkan mereka dalam bentuk kesakitan, pengkhianatan si penindas, musnahnya harta dan anak-anak dalam musibah dan penderitaan yang dialami kerana hukuman penjara, nescaya semua itu pasti menjadikan dunia berubah menjadi penjara yang sebenarnya bagi orang-orang yang malang ini. Hidup bagi mereka beerti penderitaan dan seksaan yang kejam. Namun jika mereka dobantu oleh percaya kepada akhirat, nescaya mereka akan menarik nafas lega kerana kecemasan, kebimbangan, kesengsaraan dan perasaan dendam mereka hilang lenyap, sesuai dengan tebal atau tipisnya keimanan mereka.
-----------------------------------------------
[1] Pada saat karya ini disusun (1944), Badiuzzaman dipenjarakan di Denizli menunggu sidang mahkamah yang mengadilinya kerana bermacam-macam tuduhan palsu.
No Voice