BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 82
(1-86)
Dalam hubungan ini, suatu gempa adalah ibarat bumi yang sedang mengangkat bahunya agar dapat melepaskan diri dari beban sampah yang menimbuninya kerana umat yang mengabaikannya pada masa lalu. Sikap meremehkan dan tidak menghargai ciptaan Allah adalah memuakkan bagi orang-orang yang beriman. Orang-orang yang tidak percaya kepada Tuhan mengatakan bahawa kejadian itu adalah secara kebetulan sahaja sehingga menyebabkan para korban menjadi putus asa kerana keurgian yang mereka deritai. Mengatakan sebegitu adalah suatu kesalahan yang besar. Bukankah kejadian-kejadian tersebut merupakan suatu cara penebusan dosa yang lahir kerana tidak adanya rasa syukur kepada Allah? Akan datang waktunya bumi yang ramah ini merasa bahawa karya manusia yang menghiasi mukanya hanya berupa tingkah laku yang mencemarkan kerana tidak ada pemujaan kepada Tuhan, kerana tidak ada kehidupan beragama. Dan oleh kerana bumi menganggap hiasan yang diciptakan oleh manusia itu buruk, maka ia membasuh dan membersihkan mukanya dengan suatu gempa besar atas perintah Tuhan Yang Maha Pencipta. Dengan perintah Tuhan, semua orang yang memuja-muja tuhan-tuhan selain Allah Taala akan dimasukkan ke dalam neraka dan mereka yang beriman akan dijemput masuk ke dalam syurga secara hormat.
No Voice