BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 85
(1-86)
12. MUSUH CITA-CITA

Tanya: Apakah yang menyebabkan kita putus asa?
Jawab: Hidup terdiri dari kegitan, gerak, keinginan dan keghairahan yang merupakan kuda tunggangan. Apabila cita-citamu duduk di atas kuda ini dan muncul dalam gelanggang perjuanagn hidup, maka musuh pertama yang engkau hadapai adalah hilangnya harapan. Putus asa akan merosakkan moral. Oleh itu hunuslah pedang melawan musuh itu.

“Jangan berputus asa.” ( Surah Az-Zumar: 52 )

Kekuatan nafsu dan cita-cita peribadi selalu merangsang untuk menggantikan bakti kepada Tuhan yang sudah kosong. Ia akan memikul cita-cita dan akan melemparkannya dari kuda tunggangan.

Kirim kebenaran ini ke alamat musuh tersebut.

“Jadilah engkau untuk Allah.” ( bahagian dari Hadith )
Apabila kekacauan dan kekalutan muncul maka pergunakan ayat berikut sebagai perisai dalam menghadapi musuh.

“Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia.” (Surah Ali-Imran: 200)

Jika engkau dihalang oleh sikap individualisme dan egoisme yang mahu menundukkan keinginan hakiki manusia yang bersifat mengendahkan hak-hak sesamanya, maka kerahlah seluruh kekuatan peribadimu dengan merenungkan hadith berikut:

“Sebaik-baik orang adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” ( Hadith )
No Voice