RISALAH RAMADAN | RISALAH RAMADAN | 13
(1-50)
Hikmah kesembilan:

Dari segi pemusnahan nafsu serakah yang secara langsungnya menghantui jiwa, melalui aspek pengabdian yang diperkenalkan melalui pemusnahan nafsu itu dan dari segi menzahirkan kelemahannya di hadapan Allah (s.w.t), puasa bulan Ramadan memberikan banyak hikmat. Antaranya ialah:
Nafsu tidak mahu mengenali tuhannya, bahkan ia mendakwa mempunyai sifat ketuhanan sama seperti keangkuhan Firaun yang melampau itu. Walaupun nafsu diazab dan dikasari, namun sifat ketuhanan yang disangkakan kepunyaannya itu tetap ada. Akar tersebut tidak mampu dimusnahkan dan tidak akan tunduk melainkan apabila berhadapan dengan raja kelaparan.
Begitulah secara langsung, puasa Ramadan memberi pukulan maut kepada sikap kefiraunan yang tertanam di dalam nafsu. Lalu, puasa itu mematahkan kuasa nafsu tersebut dengan menzahirkan keterbatasan, kelemahan dan kekerdilannya serta memperkenalkan nafsu itu kepada pengabdian.
Ada disebutkan dalam salah satu riwayat hadis: Allah (s.w..t) telah berfirman kepada nafsu: “ Siapakah Aku dan siapakah kamu?”. Nafsu menjawab: “ Aku adalah aku, kamu adalah kamu”. Lalu Allah (s.w.t) mengazabnya dan menghumbankannya ke dalam neraka. Kemudian nafsu itu ditanya sekali lagi, nafsu menjawab : “ Aku adalah aku, kamu adalah kamu “ . Sekalipun pelbagai azab dikenakan kepadanya, sifat keakuannya tidak berubah … kemudian Allah (s.w.t) mengazabnya dengan kelaparan, iaitu dengan membiarkannya lapar. Kemudian ditanyanya lagi: “ Siapakah Aku dan siapakah kamu?” Nafsupun menjawab: “ Kamu adalah Tuhanku Yang Maha Mengasihani dan aku adalah hamba-Mu yang lemah”.

Ya Allah! Selawat dan salam buat junjungan kami nabi Muhammd; selawat yang berupa reda buat-Mu dan kurniakanlah kepadanya bilangan pahala huruf al-Quran pada bulan Ramadan, juga buat ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kurniakan kepada mereka kesejahteraan yant banyak.

((سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العلمين ))
No Voice