RISALAH RAMADAN | RISALAH RAMADAN | 12
(1-50)
Perut juga begitu. Ia sendiri umpama sebuah kilang yang mempunyai ramai pekerja dan kakitangan. Di sana; di dalam manusia itu terdapat organ yang mempunyai hubungan dan kaitan dengan kilang tersebut. Sekiranya jiwa tidak merehatkan tugas-tugasnya buat seketika, pada waktu siang bulan tertentu, maka perkara ini akan menyebabkan pekerja-pekerja tersebut lupa tugas khusus mereka. Ia akan membuatkan mereka lalai dan lupa pada zat mereka dan menjadikan mereka berada di bawah pengaruh diri mereka. Seterusnya, ia akan merosakkan alat dan organ lain serta mengakibatkan alat-alat itu berserabut dan terganggu kerana bunyi mesin kilang maknawi tersebut dan asapnya yang tebal itu. Semua pandangan akan tertumpu kepadanya dan mereka semua akan melupakan tugas penting mereka buat seketika. Disebabkan perkara inilah, kebanyakan para wali Allah yang salih berusaha melatih diri mereka dengan mengurangkan makan dan minum supaya mereka dapat memanjat tangga kesempurnaan.

Akan tetapi, dengan kedatangan bulan Ramadan, para pekerja tersebut menyedari bahawa mereka bukan dijadikan untuk kilang itu sahaja, bahkan organ dan pancaindera itu juga dapat mengecapi kelazatan yang tinggi dan dapat menikmati nikmat kemalaikatan dan kerohanian dalam bulan Ramadan. Daripada terus lalai dan berpoya-poya dengan kilang itu, mereka memilih untuk memusatkan perhatian mereka kepada kelazatan dan nikmat tersebut. Oleh itu, kamu dapat melihat orang mukmin pada bulan Ramadan al-mubarak mendapat pelbagai cahaya, kelebihan dan kegembiraan maknawi, bergantung kepada tahap dan kedudukan masing-masing. Terdapat pelbagai peningkatan dan kelebihan bagi hati, roh, akal, rahsia dan perkara-perkara yang seumpamanya. Sekalipun perut menangis dan menjerit, tetapi semua anggota di atas itu ketawa dengan keampunan dan rahmatNya.
No Voice