RISALAH RAMADAN | RISALAH RAMADAN | 11
(1-50)
Hikmah kelapan:
Salah satu hikmat berpuasa, yang berkait dengan kehidupan peribadi manusia dapat dirumuskan seperti berikut:
Dalam ibadat puasa, terdapat sejenis ubat yang paling mujarab bagi manusia, iaitu pencegahan, sama ada secara fizikal atau maknawi. Pencegahan diakui ada dalam bidang perubatan. Ini kerana, selagi manusia bebas makan dan minum, selagi itulah dia akan menyebabkan kemudhratan fizikal terhadap kehidupan peribadinya. Begitulah juga keadaan kehidupan maknawinya, kerana apabila dia memakan semua yang diperolehinya, tanpa melihat apa yang halal dan apa yang haram, makanan itu akan meracuni kehidupan maknawinya sehinggakan nafsunya juga sudah sampai ke tahap mengengkari hati dan rohnya. Ia sudah tidak patuh dan tunduk lagi kepada kedua-duanya. Nafsu itu akan mengawal diri seseorang dengan bebas tanpa ada sebarang sekatan. Lantas, ia memandu manusia ke arah syahwatnya tanpa dijaga dan dikawal oleh manusia itu sendiri.
Akan tetapi, dalam bulan Ramadan, nafsu akan menjadi biasa dengan sejenis pencegahan melalui amalan berpuasa. Ia akan berusaha dengan tekun untuk menyuci, melatih dan belajar mentaati suruhan. Ia tidak akan ditimpa oleh penyakit yang disebabkan oleh perut yang kekenyangan dan yang disumbat dengan pelbagai makanan. Ia akan beroleh keupayaan untuk mendengar perintah-perintah yang datang dari akal dan syarak. Ia akan berusaha menghindarkan diri daripada terjatuh ke lembah haram dan berusaha untuk tidak mengeruhkan kehidupan maknawinya.
Selain itu, pada kebiasaannya, kebanyakan manuasia terdedah kepada kelaparan. Oleh itu, mereka memerlukan latihan dan latihan itu diperoleh dengan cara berlapar. Cara ini dapat membiasakan manusia bersabar dan mampu menanggung kesusahan. Puasa bulan Ramadan merupakan satu latihan. Ia merupakan satu proses membiasakan diri untuk berpuasa dan bersabar menahan lapar selama lima belas jam atau 24 jam bagi mereka yang tidak sempat bersahur. Oleh itu, puasa merupakan ubat yang mujarab untuk mengubat kegelisahan dan kegopohan manusia dan ketidakmampuan mereka untuk menanggung perkara-perkara yang boleh menambahkan lagi musibah dan dugaan yang menimpa mereka.
No Voice