RISALAH RAMADAN | RISALAH RAMADAN | 2
(1-50)
Hikmah pertama:
Puasa Ramadan merupakan antara rukun terawal yang disebutkan dalam rukun Islam. Rukun ini dikira sebagai syiar Islam yang paling besar.
Kebanyakan hikmah yang lahir daripada puasa Ramadan bertujuan untuk menzahirkan ketuhanan Rububiyyah Allah (s.w.t). Hala tujunya juga ialah untuk kehidupan sosial manusia dan kehidupan peribadi mereka. Ia juga mempunyai tujuan pendidikan, penyucian jiwa dan untuk menyatakan kesyukuran kepada nikmat Allah (s.w.t) .
Antara hikmah yang banyak itu, yang kita perolehi daripada ibadat puasa, kita akan mengetengahkan satu hikmah yang dapat menyerlahkan ketuhanan Allah (s.w.t), iaitu :
Allah (s.w.t) menjadikan muka bumi ini seumpama hidangan yang luas terbentang yang dipenuhi dengan nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Hidangan itu diatur dengan begitu rapi dan indah sekali sehingga tidak dapat dihitung banyaknya. Melalui hidangan ini, Allah (s.w.t) menunjukkan sifat rububiyah-Nya yang sempurna. Dia menunjukkan sifat pemurah dan sifat pengasihani-Nya. Akan tetapi disebabkan tabir ghaflah (kelalaian) dan tabir sebab musabab yang lain manusia tidak dapat melihat hakikat yang jelas ini yang dapat memberi manfaat dan yang dapat dijelaskan oleh keadaan ini dengan baik. Kadang-kadang manusia juga jadi lupa … Tetapi dalam bulan Ramadan, orang yang beriman dengan cepatnya akan menjadi seperti satu pasukan tentera yang tersusun, lengkap bersenjata dan sedia bersaing dalam beribadat kepada Allah (s.w.t). Seketika sebelum berbuka, mereka semua berada dalam keadaan yang bersiap sedia untuk menyahut panggilan Yang Maha Berkuasa lagi Azali itu : “Silakan” menjamah hidangan-Nya yang lazat itu … Merekapun menerima --- dalam keadaan begini --- rahmat yang agung dan menyeluruh itu; meliputi pengabdian yang luas, teratur dan hebat. Adakah kamu fikir mereka yang tidak turut serta dalam peribadatan yang tinggi dan yang tidak berada dalam kemuliaan seperti ini layak disebut sebagai manusia?
No Voice