RISALAH RAMADAN | RISALAH RAMADAN | 5
(1-50)
Jika manusia tidak dipaksa untuk merasai sendiri betapa peritnya berlapar, sudah pasti tidak ada seorangpun yang akan merasa kasihan terhadap orang lain, yang akan mendorongnya supaya membantu dan menolong orang itu. Perkara ini boleh dilakukan kerana adanya ikatan belas kasihan terhadap makhluk sejenisnya. Jika seseorang itu membantu orang miskin yang kelaparan itu tanpa merasai sendiri kelaparan itu, sudah pasti dia tidak akan dapat melakukannya dnegan sempurna kerana jiwanya tidak dapat merasakan keadaan tersebut dengan sebenar-benarnya.

Hikmah keempat:

Dari aspek pendidikan jiwa manusia, puasa Ramadan mempunyai beberapa hikmat. Salah satunya ialah:
Jiwa secara tabiinya tidak suka terbelenggu dengan sebarang ikatan. Ia mengajar dirinya seperti itu sehingga ia mengingini tuhan impian untuk dirinya sendiri. Ia mahu bergerak bebas sebagaimana yang ia suka. Ia tidak mahu memikirkan tentang kejadiannya; yang tumbuh membesar dari nikmat Allah yang tiada hadnya itu. Lebih-lebih lagi jika ia memiliki kekuasaan dan harta yang banyak di atas muka bumi ini. Ini ditambah pula oleh sifat lalai dan alpa. Dengan itu, ia seolah-olah merampas dan menelan nikmat Allah seperti seekor haiwan tanpa mendapat keizinian-Nya.
Akan tetapi, pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini, diri setiap insan akan mula berjinak-jinak dengan jiwanya, bermula daripada orang yang paling kaya hinggalah orang yang paling msikin. Dari situ, diapun mengerti dan sedar bahawa dia bukanlah pemilik, bahkan dia adalah milik orang lain. Ia bukanlah bebas, tetapi ia adalah hamba yang menurut arahan. Dia tidak mampu menghulurkan tangannya untuk melakukan sekecil-kecil perkara tanpa perintah hinggakan ia tidak mampu untuk menghulurkan tangannya bagi mendapatkan air. Oleh itu, hancurlah tipu daya tuhan impiannya maka dengan itu ia akan terikat kepada pengabdian kepada Allah (s.w.t). Dan ia memasuki tugasnya yang asasinya iaitu bersyukur.
No Voice