Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 119
(1-132)
Soalan: Apakah faedah syurga yang keluasannya seluas dunia ini?
Jawapan: Jika anda boleh bersiar-siar dengan kelajuan khayalan di seluruh pelusuk bumi ini, dan anda mampu melawat kebanyakan bintang yang berada di langit, nescaya ketika itu anda akan berkata: “Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah milik saya.” Ketika itu, tidak ada orang lain yang berkongsi kuasa dengan anda, meskipun terdapat malaikat, manusia lain dan binatang bersama-sama anda di dalam dunia yang luas itu.
Maka begitu juga anda boleh berkata: “Sesungguhnya syurga itu adalah milik saya”, meskipun ia dipenuhi dengan orang-orang yang mendatanginya.
Kami telah jelaskan di dalam Risalah Syurga (al-Jannah) iaitu Kalimah Kedua Puluh Lapan, makna sebuah hadis bahawa beberapa orang ahli syurga dikurniakan sebuah syurga yang keluasannya seluas lima ratus tahun perjalanan, dan demikian juga kami telah jelaskan di dalam Risalah al-Ikhlas.
Isyarat Kesembilan:
Sesungguhnya natijah daripada kecintaan kepada Allah swt ialah:
Dapat melihat keindahan kudus dan kesempurnaan suci bagi zat yang mulia swt, sebagaimana dinyatakan oleh sebuah hadis yang sahih dan al-Quran al-Karim. Satu saat daripada penglihatan itu menyamai ribuan tahun nikmat syurga. Satu saat nikmat syurga itu pula mengatasi ribuan tahun kehidupan dunia yang indah, sebagaimana dibuktikan secara sepakat oleh ahli ilmu dan kasyaf.
Anda mungkin boleh membandingkan sejauh mana kerinduan dan kelahapan yang dirangkumi oleh fitrah manusia untuk melihat keindahan kudus dan kesempurnaan suci itu, serta sejauh mana keinginan membuak-buak dan betapa kepinginnya manusia untuk menyaksikannya dengan perumpamaan berikut:

No Voice