Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 55
(1-132)
Sesungguhnya sesiapa yang mengenal Allah dan mentaatiNya adalah seorang yang bahagia meskipun dia terperosok jauh ke dalam penjara. Manakala sesiapa yang lalai dan melupaiNya adalah seorang yang celaka meskipun berada di dalam istana yang indah berhias. Pada suatu hari, ketika dibawa menuju ke tali gantung, seorang yang dizalimi dan dianiayai berkata dalam keadaan gembira dan bahagia kepada orang-orang yang menzaliminya: “Sesungguhnya aku tidak akan binasa dan aku tidak akan mati. Bahkan aku dilepaskan bebas daripada penjara dunia kepada kebahagiaan yang abadi.

Tetapi aku melihat kamulah yang sebenarnya dijatuhkan hukuman mati yang abadi kerana kamu menyangka kematian adalah kebinasaan dan ketiadaan. Oleh yang demikian, aku sudah pun dapat membalas dendam terhadap kamu.” Lalu ruhnya keluar daripada jasadnya dalam keadaan tenang sambil dia mengulang-ulang perkataan: “La ilaha illallah.”

سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Maksudnya: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

No Voice