Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 60
(1-132)
Dalil Kedua:
Dalil Ketiga:
Para pemuda dan remaja yang merupakan paksi kehidupan kemasyarakatan tidak akan dapat menenangkan kegejolakan perasaan mereka; tidak akan dapat menghalang mereka daripada melampau batas lalu melakukan kezaliman dan kerosakan; tidak akan dapat menyekat kenakalan dan nafsu mereka; dan tidak akan dapat menjamin perjalanan yang lurus dalam kehidupan kemasyarakatan mereka melainkan kerana perasaan takutkan kepada neraka jahannam. Jika bukan kerana perasaan takut ini, nescaya golongan remaja yang nakal dan tenggelam di dalam hawa nafsu mereka akan menukarkan dunia ini kepada api neraka yang menyala-nyala terhadap golongan lemah dan tua, kerana orang yang gagah sahaja akan menguasai seluruh keadaan. Golongan remaja itu juga akan menukar kehidupan kemanusiaan yang tinggi dan mulia kepada kehidupan kebinatangan yang hina dina.
Dalil Keempat:
Kehidupan kekeluargaan merupakan pusat perhimpunan kehidupan keduniaan, syurga kebahagiaannya, kubunya yang paling ampuh dan tempat perlindungannya yang paling selamat. Rumah setiap orang adalah dunia dan alamnya yang tersendiri. Ruh kehidupan kekeluargaan tidak akan memperolehi kebahagiaan kecuali melalui saling menghormati yang dilakukan secara serius dan ikhlas di antara semua anggota keluarga. Juga melalui perasaan kasihan belas dan rahmat yang benar sehingga mencapai tahap sanggup berkorban dan mementingkan orang lain daripada diri sendiri. Perasaan saling hormat menghormati dan kasihan belas yang ikhlas tidak akan berlaku melainkan dengan keimanan terhadap kewujudan persahabatan yang abadi, kekawanan yang berkekalan dan kebersamaan yang berterusan pada satu masa yang tidak mempunyai kesudahan dan di bawah naungan kehidupan yang tidak mempunyai kesudahan.
No Voice