Perkataan pendek | Perkataan pendek | 2
(1-69)

Lelaki ego dan takbur itu yang juga adalah seorang yang berpendirian pesimis menemui sebuah negeri yang amat buruk dan teruk pada pandangannya, selaras dengan pendiriannya yang pesimis itu. Ke arah mana sahaja yang ditujunya, dia hanya nampak orang-orang lemah dan miskin yang menjerit dan melolong akibat dipukul oleh beberapa orang lelaki yang jahat dan keras, juga disebabkan perbuatan mereka yang memusnahkan. Dia melihat suasana yang menyedihkan ini di semua tempat yang dilawatinya, sehingga seluruh negeri tersebut pada pandangannya adalah sebuah tempat perkabungan yang besar. Dia berpendapat hanya arak yang boleh mengubati segala kesakitan dan kesedihan yang dihadapi. Lalu dia mencampakkan dirinya ke dalam kemabukan agar dia tidak merasakan hal keadaan dirinya sendiri, kerana semua penduduk di dalam negeri tersebut pada pandangannya telah menjadi musuh yang sentiasa mengintai-ngintai peluang untuk memusnahkannya dan orang asing yang sentiasa berpura-pura di hadapannya. Oleh itu, dia sentiasa berada dalam azab rohani yang menyakitkan kerana melihatkan mayat-mayat menggerunkan dan kanak-kanak yatim yang menangis dengan tangisan yang menyayat hati yang dilihat berada di sekitarnya.

 

Manakala lelaki kedua pula adalah seorang hamba Allah yang baik dan sentiasa mencari kebenaran. Dia juga memiliki akhlak yang baik. Dalam perjalanannya itu, dia menemui sebuah kerajaan yang baik yang pada pandangannya adalah sebuah negeri yang amat indah dan menawan.

No Voice