Manusia dan binatang hanyalah makhluk terbiar tanpa penjaga dan pemilik serta akan menghadapi kemusnahan akibat dicarikkan oleh ajal maut kematian..
Benda-benda wujud yang besar seperti gunung dan lautan pula adalah sama seperti mayat yang sudah reput dan keranda yang menakutkan..
Sangkaan dahsyat dan menyakitkan seumpama ini yang lahir daripada kekufuran dan kesesatan manusia akan menyebabkan dia berada dalam keadaan azab kejiwaan yang amat pahit.
Manakala lelaki kedua pula adalah seorang mukmin yang mengenali tuhannya dengan sebenar-benarnya seterusnya beriman denganNya. Dunia pada pandangannya adalah sebuah tempat berzikir kepada tuhan dan medan untuk belajar dan mendapat latihan bagi manusia dan binatang. Dunia juga adalah medan ujian dan dugaan bagi manusia dan jin..
Segala kematian yang berlaku sama ada kepada manusia dan binatang merupakan perlepasan daripada jawatan dan penamatan perkhidmatan. Mereka yang telah menamatkan tugas-tugas kehidupan meninggalkan dunia yang fana’ ini dalam keadaan gembira secara maknawi, kerana mereka sebenarnya berpindah ke sebuah alam yang tidak mempunyai kebimbangan, sunyi daripada kekotoran material dan segala jenis penyakit yang berlaku setiap masa dan di setiap tempat serta tidak mengandungi sebarang ketakutan terhadap segala bentuk kesusahan dan kesulitan. Perpindahan mereka adalah bertujuan untuk membuka medan seluas-luasnya kepada petugas-petugas baru yang datang melaksanakan tugas mereka..