Manakala segala kelahiran yang berlaku sama ada di kalangan manusia dan binatang merupakan proses perkaderan ketenteraan, penerimaan senjata dan penerimaan tugas serta tanggungjawab. Setiap makhluk merupakan pegawai dan tentera yang gembira, menurut perintah, jujur, redha dan berpuas hati..
Suara-suara yang kedengaran dan gemaan yang terpantul di seluruh dunia pula merupakan zikir dan tasbih yang diucapkan ketika menerima tugas dan permulaan melaksanakannya. Atau ia adalah lafaz kesyukuran dan tahlil yang diucapkan sesudah sesuatu tugas selesai dilaksanakan. Atau ia adalah melodi yang lahir hasil daripada kecintaan dan kegembiraan terhadap tugas yang dilaksanakan..
Segala makhluk yang wujud pada pandangan si mukmin ini adalah khadam (orang suruhan) yang menggembirakan, para pegawai yang menjadi kawan karib dan kitab yang manis bagi tuannya yang maha mulia lagi maha mengasihani.. Demikianlah bagaimana keimanan yang dimilikinya menampilkan pelbagai hakikat seumpama yang telah disebutkan yang amat seni, tinggi, lazat dan mendalam.
Oleh itu, iman memang mengandungi sebiji biji benih maknawi yang terbelah daripada pohon ‘Tuba’ yang kedapatan di syurga.
Manakala kekufuran pula menyembunyikan bijian maknawi tersebut yang telah diludah oleh pohon zaqqum neraka jahannam.
Oleh itu, keselamatan dan keamanan hanya terdapat di dalam Islam dan iman.
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengulangi:
Segala pujian terhadap nikmat agama Islam dan kesempurnaan iman.