Perkataan pendek | Perkataan pendek | 3
(1-69)

Dalam negeri yang dimasuki olehnya, dia dapati pelbagai perayaan dan pesta sentiasa diadakan. Setiap inci dan sudut buminya dipenuhi dengan kegembiraan dan keriangan. Pada setiap tempat terdapat mihrab untuk berzikir. Setiap orang penduduk negeri ini menjadi teman yang amat rapat dan amat dikasihinya. Kemudian dia juga melihat seluruh negeri tersebut mengisytiharkan pengumuman pengecualian daripada tugas yang mendapat sambutan laungan kegembiraan yang disertai dengan kata-kata kesyukuran dan pujian. Dia juga mendengar daripada kalangan mereka nyanyian lagu-lagu semangat dan patriotik yang dimainkan oleh orkestra, disertai dengan laungan takbir dan tahlil yang penuh bersemangat kerana perasaan gembira dan bangga terhadap mereka yang dimasukkan ke dalam khidmat ketenteraan.

 

Ketika lelaki pertama yang pesimis itu sibuk dengan kesakitan dan penderitaan manusia seluruhnya, lelaki kedua yang bahagia dan optimis itu pula berada dalam keadaan gembira dan bahagia bersama-sama dengan kegembiraan dan kebahagiaan orang lain. Di samping itu, dia juga mendapat keuntungan yang diberkati daripada perniagaan yang dijalankan, lalu dia bersyukur dan memuji tuhannya.

 

Apabila lelaki kedua itu pulang semula ke negeri asalnya dan bertemu ahli keluarganya, di sana dia bertemu dengan lelaki pertama. Lelaki kedua bertanya tentang khabarnya, lalu lelaki pertama menceritakan segalanya. Mendengarkan ceritanya, lelaki kedua berkata:

No Voice